Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

113) KENAIKAN DIESEL

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah impak kenaikan diesel ini terhadap belanjawan Kerajaan Negeri 2024?

    Jawapan kepada soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan kenaikan harga diesel daripada RM2.15 ke RM3.35 (56% peningkatan) mulai 9 Jun 2024. Di dalam konteks perbelanjaan Kerajaan Negeri, kenaikan harga diesel dijangka akan memberi kesan terhadap kenaikan perbelanjaan mengurus jabatan khususnya kerana pada ketika ini dianggarkan sebanyak 170 buah kenderaan jenis “Four Wheel Drive” di seluruh pejabat Kerajaan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang menggunakan diesel. Manakala bagi perbelanjaan pembangunan pula, kenaikan harga diesel ini dijangka akan menyebabkan kenaikan kos kepada pihak kontraktor dan seterusnya berkemungkinan akan memberi kesan kepada prestasi pelaksanaan projek pembangunan.

    Walau bagaimanapun, kenaikan harga diesel ini tidak akan memberi kesan kepada kos projek yang sedang dalam pelaksanaan atau yang telah ditawarkan kepada kontraktor. Bagi projek yang akan dilaksanakan pula, adalah dijangkakan harga kontrak akan menjadi lebih tinggi kerana pastinya pihak kontraktor akan mengambil kira harga diesel ini di dalam kos pelaksanaan projek.

    Sebagai langkah penjimatan, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan kawalan terhadap perbelanjaan Kerajaan Negeri termasuklah menghadkan penggunaan kenderaan diesel dan melihat kewajaran dari semasa ke semasa bagi mengimbangi kesan kenaikan ini.

    Selain itu, Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau perkara ini dan akan menyelaras tindakan selanjutnya berdasarkan pengumuman dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian Kewangan.

  2. Adakah kenaikan diesel ini akan turut menyebabkan kos beberapa projek kerajaan akan turut meningkat?

Lampiran

Tiada Lampiran.