Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
216) KENAIKAN CUKAI PINTU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah keperluan pentaksiran senarai nilaian baru Cukai Pintu di Selangor?
Tempoh sesuatu nilaian cukai taksiran adalah 5 tahun. Suatu Nilaian Baru cukai taksiran boleh dibuat setelah mencapai tempoh itu selaras dengan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Senarai nilaian yang paling lama adalah Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) yang mencapai 39 tahun sebelum ianya digantikan pada aras tahun 2020 dikuatkuasakan pada 1 Januari 2024.
Tahun Senarai Nilaian disediakan mempengaruhi nilai cukai taksiran berikutan cukai taksiran adalah berasaskan anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi. Selain itu, keperluan semakan semula cukai taksiran juga adalah berikutan faktor kos perkhidmatan PBT yang meningkat saban tahun.
Tambahan hasil PBT daripada kenaikan cukai taksiran akan membolehkan PBT untuk meningkatkan moto penyampaian perkhidmatan seperti penyelenggaraan jalan dan longkang, lampu jalan, dewan orang ramai, landskap, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kepada orang awam serta melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan baru, pembinaan dewan orang ramai, pasar awam dan taman rekreasi.
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan merancang untuk menaikkan kualiti servis sejajar dengan kenaikan cukai pintu?