Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
139) KENAIKAN CUKAI PINTU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rasional pihak PBT menaikkan cukai pintu di Negeri Selangor?
Tempoh sesuatu Senarai Nilaian cukai taksiran adalah 5 tahun. Suatu Nilaian baru cukai taksiran boleh dibuat setelah mencapai tempoh itu selaras dengan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Senarai nilaian yang paling lama adalah MPKJ yang mencapai 39 tahun sebelum ianya digantikan pada tahun 2020 dikuatkuasakan tahun 2024. Tahun Senarai Nilaian disediakan mempengaruhi nilai cukai taksiran berikutan cukai taksiran berasaskan anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi. Selain itu keperluan semakan semula cukai taksiran juga adalah berikutan faktor kos perkhidmatan PBT yang meningkat saban tahun.
-
PBT manakah yang terlibat dengan kenaikan cukai pintu di Selangor?
11 PBT di Negeri Selangor terlibat dengan pelaksanaan penilaian semula ini selain daripada MPKJ kerana Senarai Nilaian Baru PBT tersebut telah disahkan pada tahun 2023 dan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2024.