Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

112) KEMUSNAHAN PANTAI KELANANG

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kemusnahan jalan-jalan sepanjang pantai Kelanang di sebabkan ombak dan hakisan berlaku dan terbiar begitu sahaja sekarang ini. Adakah usaha kerajaan untuk menambahbaikkan kawasan tersebut?

    Pantai Kelanang bermula berhampiran Bukit Jugra memanjang dan bersambung dengan Pantai Morib sehingga ke Pantai Kampung Batu Laut sebelum ke pantai-pantai lain di Daerah Sepang. Ia dibuka beberapa tahun yang lalu kepada masyarakat umum dan pembinaan jalan adalah bertujuan menghubungkan Morib dan Kelanang yang dibina sekitar tahun 2006. Di bawah Rancangan Malaysia Ke 10, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 bagi pengawalan hakisan pantai. Anggaran keperluan bagi kawalan hakisan pantai Kelanang sepanjang 2 km adalah sebanyak RM3 juta.

  2. Pihak manakah yang bertanggungjawab dalam menjaga dan memastikan kawasan tersebut terus terpelihara ? PBT/JPS/JKR.

    Jalan Pantai Kelanang ini telah dibina oleh Majlis Daerah Kuala Langat. Walaubagaimana pun, pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor menangani masalah hakisan tersebut.

    Maklumat Tambahan:

    Jalan ini telah dibina terlalu hampir dengan laut iaitu 50m di hadapan ban JPS. Ini menyebabkan ia terdedah kepada ancaman hakisan ombak. Masalah kerosakan jalan ini telah dikenalpasti semenjak tahun 2009 dan sehingga hari ini sepanjang 2 km kawasan pantai di ancam hakisan pada tahap Kritikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.