Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
176) KEMUNGKINAN TEBING RUNTUH DI TAMAN KAJANG BARU
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh MPKj?
Pihak MPKj telah mengarahkan Kumpulan IKRAM Sdn Bhd bagi melakukan penilaian semula kos dan rekabentuk kerja-kerja pembaikan cerun runtuh di Jalan 12, Taman Bukit Kajang Baru melalui surat bertarikh 15 Jun, 2012 memandangkan penilaian dahulu dibuat pada tahun 2009. Kerja tender bagi membaikpulih cerun tersebut akan dilaksanakan oleh pihak MPKj setelah kos bagi kerja-kerja tersebut dikemukakan oleh pihak IKRAM.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diperlukan bagi membaiki cerun yang mungkin runtuh ini?
Pihak Kumpulan IKRAM Sdn Bhd akan mengemukakan kos bagi kerja-kerja tersebut dalam 4 minggu dari surat arahan tersebut.
-
Apakah tindakan keselamatan yang diambil bagi mengelakkan berlakunya kemalangan?
Pihak MPKj telah menutup kawasan runtuhan tersebut menggunakan helaian tarpaulin bagi mengelakkan hakisan dan runtuhan susulan serta meletakkan penghadang konkrit bagi mengelak kenderaan meletakkan kenderaan di kaki cerun tersebut.