Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
268) KEMUDAHAN WIFI SELANGORKU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauhmanakah capaian internet berkelajuan tinggi & wifi Selangorku di kawasan Semenyih sejak 2010?
Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikatnya SMARTSEL Sdn Bhd selaku pemegang lesen telekomunikasi Network Facilities Provider (NFP), Network Service Provider (NSP) & Application Service Provider (ASP), yang berperanan di dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi dan mengurangkan kesenjangan digital di Negeri Selangor sedang giat melaksanakan skop kerja berkaitan pembinaan menara pemancar 4G/5G dan pemasangan fiber optik bagi mendapatkan liputan internet talian tetap dan mudah alih yang lebih meluas.
Menerusi inisiatif Kerajaan Negeri iaitu WiFi Smart Selangor, DUN Semenyih mempunyai 74 unit AP (Access Point) yang telah dipasang menjadikannya DUN ketiga tertinggi selepas DUN Kajang dan DUN Kota Anggerik yang menerima manfaat kemudahan ini. Apabila WiFi Smart Selangor diperkenalkan pada tahun 2016, pengguna menikmati kelajuan 1-4Mbps bergantung kepada kelajuan yang dibekalkan dikawasan tersebut. Bermula pada 2019, kelajuan internet untuk setiap pengguna dinaikkan sehingga 8Mbps. Dengan penambahbaikan WiFi Smart Selangor yang sedang dilaksanakan, dijangka kapasiti kelajuan pengguna dapat dipertingkatkan sehingga 12Mbps pada tahun 2024.
Selain itu, menurut data yang dikeluarkan oleh OOKLA iaitu portal web servis yang menyediakan analisis metrik prestasi akses internet, purata kelajuan yang dinikmati bagi penduduk dikawasan Semenyih yang menggunakan talian tetap fiber optik adalah sekitar 107Mbps sehingga 350Mbps manakala bagi talian mudah alih mencatatkan sehingga 75Mbps bagi kelajuan muat turun sehingga September 2023.