Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
43) KEMUDAHAN WIFI PERCUMA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah WIFI hotspot yang telah dipasang sehingga 2023?
Jumlah hotspot yang telah dipasang sehingga Disember 2023 adalah sebanyak 1600. Pecahan hotspot mengikut Parlimen dan DUN adalah seperti berikut:
-
Berapakah jumlah perbelanjaan untuk memasang WIFI hotsport tersebut?
Untuk tahun 2023 sahaja, sebanyak RM 5.96 Juta telah diperuntukkan untuk kos pemasangan WiFi Smart Selangor merangkumi jumlah Access Point (AP) sebanyak 1600 unit seperti yang telah dinyatakan. Peruntukan bagi kos pemasangan ini merangkumi kos rangkaian, perkakasan, perisian selain daripada sistem sokongan dan baik pulih.