Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
95) Kemudahan Wifi Percuma
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi kerajaan akan diamalkan untuk memajukan capaian internat di luar bandar dan kawasan pedalaman supaya mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran dalam talian?
Kerajaan Negeri Selangor sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berserta syarikat-syarikat telco untuk menyelaras pembangunan Pelan Fiberisasi dan Kesalinghubungan Kebangsaan (National Fiberisation and Connectivity Plan -NFCP) melalui Jawatankuasa Digital Infrastruktur yang telah ditubuhkan. Melalui jawatankuasa ini juga, Kerajaan Negeri bersama dengan SKMM dan pihak berkepentingan utama akan membangunkan “Selangor Connectivity Plan”. Penyelarasan semua pelan-pelan ini akan dapat meningkatkan keluasan kawasan liputan dan mengecilkan jurang kesenjangan digital antara kawasan bandar dan luar bandar.
-
Adakah kerajaan berniat untuk membekalkan perkhidmatan wifi percuma kepada pusat-pusat pengajian di dalam Negeri Selangor?
Kerajaan berniat untuk membekal perkhidmatan Wi-Fi percuma WiFi Smart Selangor kepada pusat-pusat pengajian di dalam Negeri Selangor. Ini adalah selaras dengan keputusan MMKN ke-25/2020 pada 8 Julai 2020 yang telah menimbangkan dan meluluskan penyusunan semula lokasi WiFi Smart Selangor. Keutamaan akan diberikan kepada kluster-kluster utama iaitu kluster pendidikan, perumahan dan pusat komuniti. Pusat-pusat pengajian milik dan di bawah kawal selia Kerajaan Negeri Selangor adalah termasuk di dalam kluster pendidikan yang telah diluluskan. Antara pusat-pusat pengajian yang diberikan perkhidmatan WiFi Smart Selangor sehingga kini adalah Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC), Kolej Univeriti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Universiti Selangor (UNISEL) dan juga perpustakaan-perpustakaan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di seluruh Negeri Selangor.