Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

187) KEMUDAHAN SUKAN/RIADAH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program-program yang dirancang oleh pihak kerajaan untuk memupuk minat bersukan/beriadah di kawasan desa?

    Dalam usaha untuk memupuk minat bersukan atau beriadah di kawasan desa, pelbagai program telah dirancang dengan kerjasama oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Program-program tersebut adalah seperti pertandingan bola sepak, futsal, gotong- royong, sepak takraw dan sebagainya memandangkan program-program ini mampu menarik penglibatan golongan belia terutamanya di kawasan desa.

  2. Apa rancangan kerajaan untuk memperbaiki dan memulihkan gelanggang- gelanggang sukan yang rosak dan terbiar seperti padang bola, gelanggang- gelanggang futsal, takraw dan badminton?

    Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM800,000.00 bagi Projek Membaikpulih Kemudahan dan Infrastruktur Sukan. Sehubungan dengan itu, sebanyak RM16,000.00 telah diperuntukkan kepada setiap DUN dalam usaha untuk membaikpulih kemudahan dan infrastruktur sukan yang rosak dan terbiar seperti padang bola, gelanggang-gelanggang futsal, takraw dan badminton.

Lampiran

Tiada Lampiran.