Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

195) KEMUDAHAN SUKAN DI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Stadium mini MPAJ di Pandan Perdana akan siap?

    Stadium MPAJ dijangka siap pada 30 November 2017

  2. Berapakah pejabat agensi kerajaan Selangor dilengkapi dengan kemudahan sukan atau bilik "gym"?

    Pihak Kerajaan Negeri tidak dapat mengenalpasti secara keseluruhan kelengkapan atau kemudahan gym yang terdapat di agensi Kerajaan Selangor kerana tidak semua jabatan memerlukan kelengkapan tersebut. Walau bagaimanapun, keperluan kemudahan sukan atau bilik gym ini bergantung kepada keperluan jabatan masing-masing

  3. Berapakah padang yang telah dilengkapi dengan kemudahan sukan di DUN Teratai dalam tahun 2013-2017?

    KEMUDAHAN 2013 2014 2015 2016 2017
    Gelanggang 13 14 14 14 14
    Futsal 7 8 8 8 8
    Padang Bola 9 10 10 10 10
    Padang Permainan 28 29 30 30 30

     

Lampiran

Tiada Lampiran.