Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
130) KEMUDAHAN SUKAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina satu lokasi kemudahan sukan yang lengkap di DUN Taman Templer?
Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Majlis masih tidak mempunyai rizab tanah yang sesuai bagi tujuan kemudahan sukan.
Walau bagaimanapun, pihak Majlis telah menyediakan beberapa kemudahan sukan di dalam kawasan DUN Taman Templer seperti kolam renang dan dewan serbaguna di Kompleks Sukan Seri Siantan.