Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
37) KEMUDAHAN SUKAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina satu lokasi kemudahan sukan yang lengkap di DUN Taman Templer?
Untuk makluman Yang Berhormat Taman Templer, buat masa ini Majlis masih belum mempunyai rizab tanah yang sesuai untuk tujuan sukan.
Walau bagaimanapun, pihak Majlis telah menyediakan kemudahan seperti kolam renang dan dewan serbaguna di Kompleks Sukan Seri Siantan.