Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

182) KEMUDAHAN RANGKAIAN JALUR LEBAR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah proses permohonan dan pemasangan bagi kawasan yang tiada rangkaian atau ketiadaan port?

    Pertama sekali, penduduk atau rakyat perlu membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan yang mereka gunakan sekiranya kawasan mereka tiada rangkaian. Seterusnya, nombor laporan tersebut boleh diberikan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memantau dan memastikan telco mengambil tindakan terhadap aduan yang dibuat. Aduan boleh dibuat secara terus melalui portal aduan SKMM menerusi pautan laman sesawang di https://aduan.mcmc.gov.my bagi tindakan lanjut.

     

    SKMM akan meminta pihak telco memberikan pelan penambahbaikan terhadap kawasan yang dilaporkan.

    Seterusnya, Pihak telco akan memberikan pelan penambahbaikan terdiri daripada 3 kategori bergantung kepada kawasan yang dibuat laporan tersebut.3 kategori pelan penambahbaikan tersebut ialah;

    1. Pengoptimuman
    2. Naik taraf menara telco sedia ada
    3. Dalam proses penambahan menara telco

     

    Kerajaan Negeri memahami keperluan kesalinghubungan internet untuk semua rakyat Negeri Selangor dan melalui SMARTSEL Sdn Bhd, perbincangan untuk perjanjian akses bagi gentian optik sedang diusahakan selaras dengan objektif penaiktarafan pelan jalur lebar di seluruh negara termasuklah di kawasan luar bandar dan pedalaman yang sedang diperluaskan secara berperingkat melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    Proses permohonan ini memerlukan kerjasama serta komitmen Kerajaan Negeri dan semua pihak berkaitan antara lain seperti Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi melulus bagi memastikan kelulusan, pengaplikasian dan penyediaan infrastruktur bagi kemudahan internet atau teekomunikasi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar.

  2. Berapa lamakah jangka masa yang diambil bagi mendapatkan kemudahan tersebut selepas permohonan sepertimana permohonan di kawasan Sg Serai, Kuarters Loji Rawatan Air 2, Batu 18, Kampung Jawa, Dusun Tua dan sebahagian kampung Sg Lui?

Lampiran

Tiada Lampiran.