Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
20) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN AWAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pengunjung Perpustakaan Awam di Negeri Selangor daripada tahun 2018 sehingga kini?
- Jumlah pengunjung perpustakaan Awam di Negeri Selangor daripada tahun 2018 sehingga kini.
Berikut merupakan statistik pengunjung Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor :
Tahun Jumlah Pengunjung
Catatan
2017 1,811,520
2018 1,787,912
2019 1,775,079
2020 768,882
Covid -19 ( Ditutup 6 bulan)
2021 173,539
Covid -19 ( Ditutup 7 bulan)
2022 1,039,361
2023 1,394,902
2024 Januari sehingga Mei
(5 bulan)
649,525
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri bagi meningkatkan jumlah pengunjung ke Perpustakaan Awam di Negeri Selangor?
Strategi Kerajaan Negeri bagi meningkatkan jumlah pengunjung ke Perpustakaan Awam di Negeri Selangor
Kerajaan Negeri telah melakukan pelbagai strategi untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke Perpustakaan Awam di Negeri Selangor. Berikut adalah diantara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi menarik lebih ramai pengunjung:
- PENJENAMAAN SEMULA BANGUNAN PERPUSTAKAAN.
Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri telah meluluskan peruntukan bagi menaiktaraf perpustakaan di seluruh Selangor secara berperingkat. Melalui peruntukan ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah mentransformasikan perpustakaan dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding) dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home) dan menjadikan perpustakaan sebagai hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric).
Diantara konsep penjenamaan semula perpustakaan adalah dengan menaiktaraf keseluruhan bangunan perpustakaan dengan wajah baru yang lebih segar dan dapat menarik masyarakat untuk datang ke perpustakaan.
- KEMUDAHAN
Bangunan-bangunan yang telah dinaiktaraf ini akan dilengkapkan dengan kemudahan yang dapat digunakan oleh semua masyarakat seperti berikut:
- Ruang bacaan yang selesa
- Buku yang pelbagai untuk semua golongan masyarakat
- Perkhidmatan multimedia dan komputer
- Internet dan wifi percuma
- Kemudahan bilik seminar, bilik perbincangan, bilik mesyuarat
- Kemudahan surau serta tandas yang bersih
- Penghawa dingin
- KOLEKSI DAN BAHAN RUJUKAN TERKINI
Perpustakaan ini akan dilengkapkan dengan koleksi terkini yang disediakan pada setiap bulan meliputi:
- Koleksi buku-buku bacaan terbitan semasa
- Koleksi peperiksaan yang bersesuaian untuk SPM & STPM
- Buku-buku ilmiah untuk tujuan rujukan dan penyelidikan
- Langganan majalah-majalah ilmiah setiap bulan
- Surat khabar harian
- PROGRAM DAN AKTIVITI
Selain daripada itu, Perpustakaan juga memperluaskan usaha menarik minat masyarakat mengunjung perpustakaan melalui pendekatan seperti berikut:
- Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit
- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
- Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor
- Pesta Buku Antarabangsa Selangor
- Kempen keahlian ke sekolah-sekolah / tadika berdekatan
- Menyertai karnival/ program yang dianjurkan oleh jabatan lain
- Mempergiatkan pinjaman berkelompok
- Anugerah peminjam terbanyak di semua peringkat
- Mempromosikan Pusat Siber Rakyat (PSR) & perkhidmatan IT
Berikut merupakan statistik Program Galakan Membaca Perpustakaan Awam Negeri Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Januari – 31 Mei 2024 (4 Bulan 30 Hari )
Bil. Program Jumlah Aktiviti
Jumlah Penyertaan Jumlah Peserta Keseluruhan Fizikal
Online Pengunjung 1. Festival Literasi Kanak-kanak bersama Kedutaan Sweden : “Jom Kita Bincang” (26 Feb-10 Mac)
11
165
3,870
4,035
2. Kem STEAM (26-29 Mac) 4
55
55
3. Program Mini Karnival Cuti Sekolah (26 Feb-10 Mac) 4,127
57,396
57,396
4. Bazar Buku Bangi (1-3 Mac) 41
3,230
4,135
7,365
5. World #Quran Hour 1
53,437
53,437
6. Jom Baca untuk 10 Minit 1
1,713,539
1,713,539
7. Program Riang Ria Dunia Membaca bersama YAWAS 48
393
393
JUMLAH 4,233
1,828,160
– 8,060
1,836,220
Berikut adalah antara aktiviti dan kemudahan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor seperti di Lampiran 1.