Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

2) KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Perpustakaan Awam Negeri Selangor?

    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 1968 dan telah diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 5, bertarikh 27 Mac 1969, Warta Kerajaan No.7, 1975 (pindaan) serta Warta Kerajaan No. 29, 2011 (pindaan)

    Perkhidmatan perpustakaan di Negeri Selangor bermula pada tahun 1971. Sehingga kini terdapat 95 perpustakaan meliputi satu (1) perpustakaan ibu pejabat, tujuh (7) Perpustakaan Daerah, enam (6) Perpustakaan Cawangan, lapan (8) Perpustakaan Pekan, lima puluh lima (55) Perpustakaan Desa Negeri dan enam belas (16) Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia serta dua (2) unit Perpustakaan Bergerak.

    Kategori Perpustakaan Jumlah
    Ibu Pejabat

    (Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam)

     

    1

     

    Perpustakaan Daerah

     

    7

     

    Perpustakaan Cawangan

     

    4

     

    Perpustakaan Pekan

     

    10

     

    Perpustakaan Desa Negeri

     

    55

     

    Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia

     

    16

     

    Perpustakaan Bergerak

     

    2

     

    JUMLAH

     

    95

    Pecahan perpustakaan mengikut daerah adalah sebagaimana berikut:

     

    Daerah

    Kategori Perpustakaan  

    Jumlah

    Pusat Daerah Cawangan Pekan Desa Bergerak
    Petaling 1 1 3 5
    Klang 1 2 4 7
    Kuala Langat 1 9 1 11
    Kuala Selangor 1 1 1 11 14
    Sabak Bernam 1 2 22 1 26
    Hulu Langat 1 2 2 7 12
    Hulu Selangor 1 1 7 9
    Gombak 1 1 2 4
    Sepang 1 6 7
     

    Jumlah

     

    1

     

    7

     

    6

     

    8

     

    71

     

    2

     

    95

  2. Berapakah anggaran perbelanjaan tahunan yang digunakan untuk operasi Perpustakaan Awam di Selangor? Mohon dinyatakan mengikut perpustakaan.

    Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menerima peruntukan mengurus dan operasi setiap tahun dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berdasarkan kepada prestasi perbelanjaan mengurus dan operasi tahunan. Perpustakaan juga akan mengemukakan permohonan bajet tambahan mengikut keperluan semasa sekiranya peruntukan yang diterima tidak mencukupi.

    Berikut adalah jumlah peruntukan dan perbelanjaan mengurus/operasi di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor perbandingan bagi tempoh tahun:

    Bil Caruman Tahun 2012

    (RM)

    Tahun 2013

    (RM)

    Tahun 2014

    (RM)

    Tahun 2015

    (RM)

    Hingga

    Sept 2016

    (RM)

     

    1.

     

    Kerajaan Negeri

     

    9,499,075.00

     

    10,200,00.00

     

    11,600,000.00

     

    11,600,000.00

     

    11,665,600.00

     

    2.

     

    Persekutuan

     

    7,462,073.00

     

    7,333,492.00

     

    7,700,166.60

     

    8,470,183.26

     

    5,278,560.80

     

    Jumlah Peruntukan Diterima

     

    16,961,148.00

     

    17,533,492.00

     

    19,300,166.60

     

    20,070,183.26

     

    16,944,160.80

     

    Jumlah Perbelanjaan Tahunan

     

    20,882,547.00

     

    22,173,661.00

     

    19,188,368.00

     

    19,366,869.00

     

    14,533,153.00

    Butiran perbelanjaan mengurus/operasi mengikut kategori atau kod perbelanjaan sebagaimana berikut:

    Bil Butiran

    Perbelanjaan

    Tahun 2012

    (RM)

    Tahun 2013

    (RM)

    Tahun 2014

    (RM)

    Tahun 2015

    (RM)

    Jan-Sept 2016

    (RM)

     

    1.

     

    Perbelanjaan Kakitangan

    (Emolumen)

     

    7,062,805.00

     

    8,273,925.00

     

    8,107,978.00

     

    8,301,272.00

     

    8,044,045.00

     

    2.

     

    Buku-Buku

     

    4,610,723.00

     

    3,724,857.00

     

    2,716,481.00

     

    2,616,379.00

     

    1,168,721.00

     

    3.

     

    Perbelanjaan Mengurus

             
     

    3.1

     

    Utiliti

     

    2,107,400.00

     

    2,610,414.00

     

    2,653,714.00

     

    2,312,680.00

     

    1,532,591.00

     

    3.2

     

    Penyelenggaraan

     

    2,746,978.00

     

    2,724,135.00

     

    1,961,537.00

     

    1,831,161.00

     

    1,082,919.00

    3.3 Majalah, surat khabar dan bahan bercetak  

    438,115.00

     

    383,942.00

     

    305,134.00

     

    323,585.00

     

    210,580.00

    3.4 Kempen, program dan aktiviti perpustakaan  

    1,091,084.00

     

    1,140,689.00

     

    660,156.00

     

    923,004.00

     

    368,055.00

    3.5 Lain-lain perbelanjaan mengurus dan perkhidmatan  

    2,680,380.00

     

    3,170,645.00

     

    2,519,393.00

     

    2,895,210.00

     

    1,937,280.00

     

    4.

     

    Komputer

     

    85,462.00

     

    145,054.00

     

    56,182.00

     

    60,467.00

     

    15,166.00

     

    5.

     

    Kenderaan

     

    59,600.00

     

     

    209,793.00

     

    103,111.00

     

    173,793.00

     

    JUMLAH PERBELANJAAN

     

    20,882,547.00

     

    22,173.661.00

     

    19,188,368.00

     

    19,366,869.00

     

    14,533,153.00

    Anggaran perbelanjaan setahun mengikut perpustakaan adalah sebagaimana berikut:

    Bil. Kategori Perpustakaan Jumlah

    Perpustakaan

    ANGGARAN KOS PERBELANJAAN UNTUK SATU (1) PERPUSTAKAAN SETAHUN

     

      Anggaran

    Kos Setahun

    Kakitangan Utiliti

    (RM)

     

    Penyelenggaran

    (RM)

    Kawalan Keselamatan

    (RM)

    Koleksi

    (RM)

     

    Pembaikan

    (RM)

     

    Program

    /

    Aktiviti

    (RM)

    Jumlah Kos

    (RM)

     

    1.

     

    Ibu Pejabat

     

    1

     

    85

     

    2,178,815

     

    1,800,000

     

    480,000

     

    345,000

     

    400,000

     

    350,000

    100,000  

    5,653,815

     

    2

     

    Perpustakaan Daerah

     

    7

     

    5

     

    126,884

     

    120,000

     

    120,000

     

    86,400

     

    100,000

     

    100,000

    10,000  

    663,284

     

    3

     

    Perpustakaan Cawangan

     

    4

     

    4

     

    99,216

     

    84,000

     

    66,000

     

    43,200

     

    70,000

     

    70,000

    7,000  

    439,416

     

    4

     

    Perpustakaan Pekan

     

    10

     

    2

     

    49,608

     

    60,000

     

    48,000

     

    43,200

     

    50,000

     

    50,000

    5,000  

    305,808

     

    5

     

    Perpustakaan Desa Negeri

     

    55

     

    1

     

    24,804

     

    12,000

     

    24,000

     

     

    30,000

     

    25,000

    3,000  

    118,804

     

    6

     

    Perpustakaan Bergerak

     

    2

     

    2

     

    49,608

     

     

    27,500

     

     

    20,000

     

    10,000

    2,000  

    109,108

    Anggaran perbelanjaan keseluruhan setahun mengikut perpustakaan adalah sebagaimana berikut:

    Bil. Kategori Perpustakaan Jumlah

    Perpustakaan

    Anggaran

    Kos Setahun

    (RM)

    Anggaran Keseluruhan

    Kos Setahun

    (RM)

     

    1.

     

    Ibu Pejabat

     

    1

     

    5,653,815

     

    5,653,815

     

    2

     

    Perpustakaan Daerah

     

    7

     

    663,284

     

    4,642,988

     

    3

     

    Perpustakaan Cawangan

     

    4

     

    439,416

     

    1,757,664

     

    4

     

    Perpustakaan Pekan

     

    10

     

    305,808

     

    3,058,080

     

    5

     

    Perpustakaan Desa Negeri

     

    55

     

    118,804

     

    6,534,220

     

    6

     

    Perpustakaan Bergerak

     

    2

     

    109,108

     

    218,216

     

    JUMLAH

     

    21,864,983

  3. Apakah kemudahan-kemudahan atau teknologi terkini yang disediakan di Perpustakaan Awam Selangor?

    Perpustakaan juga sentiasa memperkenalkan ciri-ciri yang berbeza dan sentiasa relevan kepada kehendak masyarakat. Justeru itu, selain daripada koleksi bahan yang terkini bagi memenuhi kehendak masyarakat pelbagai kemudahan dan teknologi maklumat juga disediakan. Penyediaan kemudahan ini adalah bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung dengan konsep Perpustakaan Sebagai Rumah Keduaku (Library My Second  Home).

    Di antara kemudahan yang tersedia di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam adalah:

    • INTERNET DAN WiFi – PPAS menyediakan kemudahan internet dan WiFi secara percuma dengan kelajuan 100 mbps (unifi).
    • Bagi menjadikan perpustakaan sebagai pusat komuniti, PPAS turut menyediakan auditorium (200 orang), dewan serbaguna (150 orang), bilik-bilik seminar, taklimat dan perbincangan.
    • book wall – Rak Book Wall boleh memuatkan kira-kira 1,500 naskhah buku secara susunan menghadap depan. Manakala jika buku disusun secara biasa (tetulang buku di sebelah hadapan), sekitar 10-12 ribu naskhah buku boleh dimuatkan. Book wall ini dibahagikan kepada empat tema di empat tingkat: Anatomi Manusia di Tingkat 1, Lautan di Tingkat 2,  Bumi di Tingkat 3 dan Angkasa Lepas di Tingkat 4.
    • zon kreatif – Zon kreatif terletak diruang kanak-kanak, meliputi reading tree, pentas dan bilik aktiviti kanak-kanak. Di Zon Siber Bahagian Kanak-Kanak telah disediakan 8 komputer peribadi HP Windows 7 dan 8 komputer iMac untuk pengguna kanak-kanak melayari Internet. Sudut Interaktif pula merupakan sudut di mana terdapat permainan interaktif untuk kanak-kanak seperti Nintendo Wii, i-Step, ubiq-window dan On Location Reporter.
    • gimnasium – Perpustakaan mempunyai 3 gimnasium iaitu gimnasium utama di tingkat terbawah dan 2 gimnasium mini yang dikhususkan untuk lelaki dan wanita. Penyediaan kemudahan ini adalah berkonsepkan ‘healthy body and healthy mind’.
    • teater 6d & 3d – Teater XD mempunyai 8 unit kerusi berteknologi 6D Motion Ride iaitu gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran, angin, visual 3D dan bunyi. Manakala bilik mini 3D yang berkapasiti 30 orang, merupakan ruang aktiviti bagi tayangan filem-filem yang berteknologi 3 dimensi.
    • KOMPUTER DAN multimedia & wi-fi – Terdapat 100 unit komputer yang terdiri daripada 38 iMac dan 62 HP Windows 7 untuk pilihan pengguna di setiap tingkat.
    • dewan & bilik seminar – Perpustakaan juga mempunyai auditorium yang boleh memuatkan 200 orang. Terdapat juga dewan dan bilik seminar yang boleh digunakan untuk tujuan seminar, bengkel dan ceramah
    • kemudahan-kemudahan lain – seperti kafetaria, surau, laman ilmu, bilik muzik, kedai buku, bilik-bilik mesyuarat dan perbincangan.
    • WIFI Selangorku – Ia merupakan kerjasama dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi memasang WIFI Selangorku di Perpustakaan Daerah, Cawangan, pekan dan Desa bagi memberi kan perkhidmatan internet percuma kepada penduduk sekitar.

    Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan ini dinyatakan melalui data pengunjung perpustakaan sebagaimana berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.