Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
100) KEMUDAHAN PERKHIDMATAN BAS PERCUMA “SMART SELANGOR”
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah bas percuma Smart Selangor bermula melalui kawasan DUN Teratai?
Perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan memperkenalkan dua (2) laluan baru pada 1 Ogos 2017 termasuk laluan di kawasan DUN Teratai. Dua laluan tersebut adalah :
- Laluan Bas Smart Selangor MPAJ02 yang melalui Bandar Baru Ampang hingga Taman Dagang Jaya sepanjang 10.7 kilometer; dan
- Laluan Bas Smart Selangor MPAJ03 yang melalui LRT Cempaka hingga ke Taman Bukit Teratai sepanjang 6.2 kilometer.
-
Berapakah bilangan populasi penduduk di DUN Teratai dijangka akan menikmati kemudahan bas percuma Smart Selangor tersebut?
Laluan baru Bas Smart Selangor MPAJ03 iaitu dari LRT Cempaka ke Taman Bukit Teratai akan merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Cempaka dan DUN Teratai. Populasi penduduk di kedua-dua kawasan yang dijangka akan menikmati kemudahan bas ini dianggarkan seramai 25,000 orang penduduk, tidak termasuk pelajar-pelajar dari 5 buah sekolah yang terdapat di sepanjang laluan ini.