Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
80) KEMUDAHAN PEMASANGAN LAMPU AWAM JALAN DI JALANJALAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kemudahan tersebut dapat disediakan di setiap jalan kampung?
Kerajaan Negeri Selangor akan sentiasa memastikan kawasan luar bandar di Selangor tidak ketinggalan dalam menerima pembangunan. Selaras dengan itu, bagi tahun 2016 Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM5 juta di bawah Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02005 – Kemudahan Asas Desa untuk tahun 2016 khas untuk kemudahan asas desa yang boleh digunakan bagi projek di daerah seperti penyelenggaraan jalan, longkang/saliran, jambatan, dewan/balairaya, termasuklah pemasangan lampu jalan awam sama ada berkonsepkan LED kuasa solar bagi mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan seperti bil bulanan atau sebagainya.
Bagi kemudahan lampu awam, Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini telah menggariskan beberapa kriteria dan keperluan bagi mencapai hasrat dan objektif tersebut. Kriteria pemasangan lampu jalan awam adalah seperti berikut:
- Kawasan hotspot iaitu kawasan yang mempunyai rekod jenayah tinggi / kemalangan seperti disahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM);
- Jalan masuk utama ke kawasan kampung, pondok bas, bonggol jalan, dewan, Masjid, surau, rumah ibadat, sekolah dan lain-lain tempat tumpuan awam;
- Jalan-jalan yang didapati bahaya melibatkan kemalangan seperti selekoh dan
Permohonan pemasangan lampu jalan awam di kampung tradisi adalah berdasarkan permohonan yang telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) melalui Pejabat Daerah / Tanah sama ada daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan aduan penduduk dan permohonan tersebut dirujuk kepada Ahli Dewan Negeri di kawasan berkaitan. Pemilihan projek-projek tersebut adalah berdasarkan keperluan, kriteria yang telah ditetapkan dan tahap kritikal sesuatu permohonan projek.
Pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) juga telah melaksanakan projek pemasangan dan penyenggaraan lampu-lampu jalan kampung (LJK) di luar bandar dan memperuntukkan sebanyak 10 unit lampu bagi setiap kampung dan bil utiliti, kos operasi dan penyelenggaraan ditanggung oleh pihak Kementerian.
-
Berapakah peruntukan setahun dan cadangan meningkatkannya bagi setiap daerah?
Cadangan bagi projek infrastruktur luar bandar ini adalah bertetapan dengan Dasar Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih secara berkala bagi semua aset-aset tak alih luar bandar Kerajaan Negeri. Projek Infrastruktur Luar Bandar ini merangkumi kerja-kerja yang melibatkan membaikpulih jalan kampung dan longkang serta membaik pulih dewan/balairaya dan jambatan untuk semua daerah Negeri
Bagi tahun 2016, peruntukan sebanyak RM10juta untuk penyelenggaraan jalan kampung dan RM5juta untuk kemudahan asas desa telah disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan luar bandar ini. Walau bagaimanapun, tidak ada siling diperuntukkan untuk sesebuah daerah memandangkan kelulusan sesuatu projek adalah tertakluk kepada keperluan serta kewajaran kos projek yang dicadangkan.
-
Bagaimana peruntukan disalurkan?
Permohonan yang diterima daripada Pejabat Daerah akan diteliti dari segi keperluan dan kewajaran kos projek. Setelah projek dan peruntukan diluluskan untuk dilaksanakan, pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan mengemukakan Surat Kelulusan Belanja berserta waran peruntukan mengikut jumlah yang telah diluluskan untuk dilaksanakan oleh Pejabat Daerah/Tanah.
(Jawapan disediakan oleh Seksyen Agihan dan Pembangunan)