Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
207) KEMUDAHAN PARKIR KENDERAAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan kemudahan parkir kenderaan mencukupi dan tidak membahayakan keselamatan pengguna lain?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah mengedarkan kepada semua PBT berkenaan pemakaian seragam Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ketiga) yang telah diluluskan pemakaiannya di MMKN ke 35/2016 pada 19 Oktober 2016 dan disahkan di MMKN ke 36/2016 pada 26 Oktober 2016. Berdasarkan garis panduan ini, pemakaian garis panduan tersebut adalah bergantung kepada perancangan pelaksanaan di PBT masing-masing.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk tidak mengenakan sebarang caj parkir di Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor tiada cadangan untuk tidak mengenakan caj parkir kenderaan di Selangor buat masa ini.