Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
225) KEMUDAHAN NURSERI DAN TADIKA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bangunan negeri yang sudah disediakan dengan kemudahan nurseri/tadika dan nyatakan jumlah kanak-kanak dan yuran yang dikenakan di setiap nurseri/tadika ini
Terdapat sejumlah 14 Jabatan/Agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) yang menyediakan kemudahan nurseri / taska seperti berikut:
BIL NAMA TASKA JABATAN/AGENSI JUMLAH KANAK-KANAK YURAN BULANAN (RM) 1. TASKA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 104 orang RM100-RM150 2. Pusat Perkembangan Minda Kanak-kanak MBPJ Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) 197 orang RM80-RM120 3. Pusat Jagaan Kanak-kanak MPK Majlis Perbandaran Klang (MPK) 50 orang RM50 4. TASKA Permata Penyayang Klang Majlis Perbandaran Klang (MPK) 48 orang RM280-RM450 5. TASKA Permata MPSJ USJ 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 40 orang RM250 6. TASKA Permata Kuarters MPSJ Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 35 orang RM200 7. TASKA MPKj Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 40 orang RM250 8. TASKA Si Comel Cerdik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 40 orang RM150 9. TASKA Permata Bunga Tanjung MPAJ Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 45 orang RM280 10. TASKA Minda Ria Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 47 orang RM200 11. TASKA Vonad Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 40 orang RM250 12. TASKA Si Kancil Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) 35 orang RM150 13. TASKA Mutiara PKNS Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 55 orang RM300-RM450 14. TASKA Permata PKPS Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 43 orang RM400 -
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi memenuhi janji manifesto PRU-13 bahawa semua bangunan negeri akan disediakan dengan kemudahan nurseri dan tadika?
Buat masa ini, Pentadbiran Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan nurseri / taska di 14 Jabatan / Agensi termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) atas inisiatif masing-masing berdasarkan kedudukan kewangan sedia ada. Nurseri / taska ini disediakan bagi memudahkan warga kerja menempatkan anak-anak pada hari bekerja dalam tempoh waktu bekerja. Kemudahan ini bukan hanya terhad kepada warga kerja di sesuatu Jabatan / Agensi sahaja, tetapi kemudahan ini turut dipanjangkan kepada warga kerja di Jabatan / Agensi lain yang berhampiran.
Pada masa yang sama, Pentadbiran Kerajaan Negeri juga akan menimbang untuk menambah bilangan kemudahan nurseri / taska sedia ada ini di masa hadapan sekiranya terdapat keperluan dan peruntukan kewangan yang mencukupi.