Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
166) KEMUDAHAN MIKRO KREDIT
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bilakah pihak Kerajaan Negeri akan melaksanakan kemudahan mikro kredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah menjalankan perniagaan mereka?
Cadangan pelaksanaan program mikrokredit ini telah dibentangkan di mesyuarat Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 Mac 2010 dan berdasarkan jadual skop
pelaksanaan kerja, pelancaran program akan diadakan pada bulan Mei 2010. -
Sila nyatakan apakah matlamat utama pelaksanaan kemudahan tersebut dan apakah kesan kepada kegiatan ekonomi Negeri Selangor?
Skim mikrokredit di beberapa negara telah terbukti berkesan dalam membantu
usahawan memperolehi pinjaman tanpa cagaran dengan kadar faedah yang rendah
bagi mengendalikan perniagaan mereka. Kemudahan tersebut juga telah membantu
mengurangkan beban golongan miskin dengan menambah pendapatan serta
meningkatkan kualiti hidup mereka dan sekali gus membantu merangsang pertumbuhan
ekonomi.
Sehubungan itu, matlamat kerajaan negeri mewujudkan skim ini adalah untuk
membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah iaitu kurang dari RM1,500.00
untuk memberikan pinjaman tanpa cagaran dan penjamin untuk menjalankan
perniagaan bagi tujuan meningkatkan pendapatan supaya mereka dapat mengeluarkan
diri dan keluarga dari kemiskinan. -
Sila huraikan butiran terperinci tentang apakah kriteria yang bakal dikenakan kepada mereka yang layak meminjam dan bagaimanakah kaedah pembayaran balik?
Syarat – syarat kelayakan untuk memohon pinjaman mikrokredit adalah seperti berikut;
i) Pendapatan isi rumah kurang dari RM1,500.00
ii) Berumur tidak melebihi 65 tahun
iii) Tidak memiliki aset yang melebihi RM50,000.00
iv) Warganegara Malaysia dan telah bermastautin di Selangor selama 10
tahun
v) Mempunyai rancangan perniagaan yang boleh menjana pendapatan
Jenis-jenis pembiayaan modal dan tempoh bayaran balik yang dicadangkan:
Pembiayaan
Jumlah
Pembiayaan
(RM)
Tempoh Bayar
Balik (minggu) Keterangan
Ehsan 2,000 – 3,000 48 Pembiayaan pertama peserta
baru.
Aman 3,001 – 5,000 96 – 144 Ditawarkan kepada peserta
yang telah mengambil
Pembiayaan Ehsan dan
menunjukkan prestasi projek
ekonomi yang cemerlang.
Makmur 5,001 – 20,000 96 – 192 Pembiayaan untuk peserta
yang berjaya mencapai tahap
usahawan kecil dan
sederhana.
Jenis pembayaran balik skim mikrokredit ini adalah secara mingguan di mana setiap
minggu pegawai yang ditugaskan akan berjumpa dengan peminjam untuk membuat
kutipan bayaran ansuran.