Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
24) KEMUDAHAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah hospital/klinik di Selangor mengikut daerah?
Maklumat berkaitan bilangan hospital/ Klinik Kesihatan di Negeri Selangor sehingga Jun 2016 mengikut daerah.
*rujuk lampiran yang disediakan.
Bil
Pejabat Kesihatan Daerah
Bilangan Klinik Kesihatan
Hospital
1. Gombak 10 4 2. Hulu Langat 11 6 3. Hulu Selangor 6 3 4. Klang 11 1 5. Kuala Langat 10 3 6. Kuala Selangor 7 2 7. Petaling 8 1 8. Sabak Bernam 8 2 9. Sepang 4 2 *Bilangan hospital mengikut jarak terdekat daripada klinik kesihatan
-
Berapakah peratus antara jumlah hospital adalah awam? Sila bekalkan butiran
Jumlah hospital swasta di Selangor : 57 buah
Jumlah hospital awam di Selangor : 12 buah
Peratusan antara jumlah hospital adalah awam : 21%
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat Selangor mendapat perkhidmatan kesihatan yang mencukupi?
Selain daripada menyediakan perkhidmatan klinik kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut menyediakan perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Klinik Desa, perkhidmatan klinik bergerak khusus untuk masyarakat Orang Asli dan penduduk luar bandar serta mewujudkan lebih banyak Klinik 1Malaysia. Maklumat berkaitan perkhidmatan tersebut adalah seperti berikut :
Bil Pejabat Kesihatan Daerah Klinik 1Malaysia Klinik Kesihatan Ibu & Anak Klinik Desa Klinik Bergerak Bas 1Malaysia Pasukan Klinik Bergerak 1. Gombak 5 1 4 0 1 2. Hulu Langat 7 2 12 0 2 3. Hulu Selangor 5 2 12 2 1 4. Klang 5 0 17 0 2 5. Kuala Langat 2 0 18 0 3 6. Kuala Selangor 3 0 20 0 0 7. Petaling 13 0 3 0 2 8. Sabak Bernam 1 0 21 0 1 9. Sepang 4 0 9 0 0 Jumlah 45 5 116 2 12 Jumlah keseluruhan fasiliti kesihatan Negeri Selangor yang telah beroperasi sehingga Jun 2016 adalah 241 buah yang melibatkan Klinik Kesihatan, Klinik 1Malaysia, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan Klinik Desa.
Selain itu Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga sedang merancang tambahan 2 buah Klinik Kesihatan iaitu Klinik Kesihatan Kota Damansara di Pejabat Kesihatan Petaling yang dijangka akan siap pada tahun 2016 serta dijangka beroperasi pada tahun 2017 dan Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn di PKD Hulu Langat dan dijangka siap pada tahun 2020.
Untuk makluman juga, pada masa ini KK Puchong di PKD Petaling sedang dinaiktaraf dan dibesarkan bagi keselesaan penduduk di kawasan Puchong. Jangkaan siap adalah pada tahun 2020.
Pada tahun 2016, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor juga merancang untuk menambah 4 buah lagi Klinik 1Malaysia. Tambahan adalah melibatkan Pejabat Kesihatan Klang (1 buah), Pejabat Kesihatan Gombak (1 buah), Pejabat Kesihatan Petaling (1buah) dan Pejabat Kesihatan Hulu Langat (1buah).