Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
322) KEMUDAHAN KESIHATAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan golongan miskin bandar di Selangor mempunyai akses mudah dan mampu mendapatkan rawatan di klinik dan hospital? Berapakah jumlah penerima terbaru Iltizam Selangor Sihat dan berapakah jumlan peruntukan yang telah dibayar untuk melunaskan tuntutan pembayaran peserta skim ini?
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan beberapa inisiatif kesihatan bagi membantu golongan miskin bandar untuk mendapatkan rawatan kesihatan yang baik dan berkesan seperti berikut:
Bil. Nama Program Manfaat Program 1. Iltizam Selangor Sihat (ISS) ● Rawatan asas dan vaksinasi berjumlah sehingga RM500 setahun ● Hospitalisasi dan rawatan dialisis berjumlah sehingga RM10,000 setahun
● Perlindungan penyakit kritikal dan bantuan pengebumian berjumlah sehingga RM5,000 setahun.
2. Bantuan Sihat Selangor (BSS) ● Katarak mata ● Rawatan dialisis (manfaat ini akan diletakkan di bawah Program ISS pada suku pertama tahun 2025)
● Pembedahan kecil
● Kaki palsu
● Lain-lain bantuan peralatan kesihatan
3. Skim Rawatan Jantung Bantuan kewangan berjumlah sehingga RM50,000 bagi prosedur rawatan jantung, saringan jantung dan rawatan susulan. 4. Insentif Rawatan Tibi Bantuan kewangan sehingga RM800 kepada pesakit tibi yang berjaya melengkapkan rawatan tibi. 5. Selangor Mental Sihat (SEHAT) Bantuan kesihatan mental merangkumi perkhidmatan kaunseling dan subsidi rawatan psikiatri dan psikologi. 6. Selangor Saring Saringan percuma kepada rakyat Negeri Selangor merangkumi perkara berikut: ● Saringan asas seperti urin, darah dan fizikal;
● Mata;
● Fisioterapi;
● Gigi;
● Telinga;
● Mammogram;
● Kolorektal; dan
● Serviks.
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 12 Februari 2025, penerima utama Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) adalah seramai 67,276 orang. Jumlah tuntutan di bawah Program ISS bagi tahun 2024 adalah berjumlah RM14,720,757.