Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
359) KEMUDAHAN KESIHATAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Exco Kesihatan dan Kerajaan Negeri
bagi membantu mengurangkan kesesakan dan kepadatan pesakit di hospital dan
klinik kesihatan kerajaan di Negeri Selangor?Seperti semua sedia maklum, bed occupancy rate (BOR) bagi semua hospital berpakar di Selangor melebihi 80%. Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dilaksanakan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi mengurangkan kesesakan pesakit di hospital. Antaranya adalah seperti mewujudkan Bed Management Unit (BMU) Negeri Selangor, Lean Hospital, Hospital Kluster Klang Valley (HKKV) dan Kluster Perkhidmatan Hospital dan Kesihatan Primer. Semua inisiatif ini telah memberikan impak positif untuk mengurangkan kesesakan pesakit di hospital.