Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

153) KEMUDAHAN KARIAH MASJID DAN SURAU

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Masjid dan Surau di DUN Sementa?

    Jumlah masjid di DUN Sementa ialah sebanyak 12 buah manakala jumlah surau ialah sebanyak 50 buah.

  2. Adakah jumlah tersebut mencukupi untuk menampung keperluan komuniti yang semakin bertambah?

    Jumlah masjid dan surau sedia ada boleh menampung keperluan komuniti setempat. Walau bagaimanapun, di kawasan perbandaran baru dijangka akan memberi kesan kepada peningkatan  penduduk yang  turut memerlukan pembinaan masjid dan surau.

  3. Apakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini?

    Jumlah peruntukan baik pulih masjid dan surau seluruh negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    TAHUN MASJID SURAU
    2025 4,500,000.00 200,000.00
    2024 6,000,000.00 200,000.00
    2023 4,000,000.00 500,000.00
    2022 3,500,000.00 500,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.