Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
237) KEMUDAHAN JALUR LEBAR UNTUK BANGUNAN BARU
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan akan menetapkan dasar mensyaratkan bangunan-bangunan baru yang akan didirikan di Selangor dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar sebagai satu langkah untuk mempertingkatkan penggunaan internet oleh rakyat Selangor?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri belum menetapkan sebarang dasar mensyaratkan bangunan- bangunan baru yang akan didirikan dengan kemudahan jalur lebar. Walau bagaimana pun Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan memilih Shah Alam sebagai perintis projek perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar di Selangor. Pengguna boleh mengakses rangkaian dan perkhidmatan Internet secara percuma menggunakan komputer peribadi, PDA dan telefon bimbit masing-masing. Kerajaan Negeri Selangor telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MOU) dengan
Syarikat Prosontech Sdn Bhd bagi melaksanakan program “HyWIN” iaitu Hybrid Wireless Infrastructure Network di negeri ini. Kerajaan Negeri mensasarkan tahun 2015 untuk menghubungkan seluruh Selangor dengan kemudahan ini, seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.