Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

112) KEMUDAHAN JALAN KAMPUNG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk menaiktaraf dan menyelenggara jalan-jalan kampung yang berada di luar kawasan Majlis bagi setiap Dun sejak 2 tahun yang lalu ?

    Lazimnya, Kerajaan Negeri tidak menyediakan sejumlah peruntukan khusus bagi tujuan penyediaan serta penyelenggaraan kemudahan asas kepada setiap daerah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan secara menyeluruh kepada semua sembilan (9) daerah di Negeri Selangor berdasarkan keperluan dan juga tahap kritikal sesuatu kawasan.

    Bagi tahun 2010 hingga 2012, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi tujuan membaikpulih/membina baru/menaiktaraf kemudahan infra di kawasan luar bandar berjumlah RM 55,136,301.70 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Lima Juta Satu Ratus Tiga Puluh Enam Ribu Tiga Ratus Satu dan Sen Tujuh Puluh Sahaja) bagi melaksanakan 1,900 buah projek seperti jadual di bawah:

    TAHUN    
      BIL. PROJEK[1]   KOS (RM)
    2010 527 12,409,721.48
    2011 956 31,282,439.75
    2012 417 11,444,140.47
    JUMLAH 1,900 55,136,301.70

    Daripada peruntukan ini, sejumlah RM17,200,295.05 (Ringgit Malaysia: Tujuh Belas Juta Dua Ratus Ribu Dua Ratus Sembilan Puluh Lima dan Sen Lima Sahaja) telah dan akan dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan 696 buah projek pembinaan/pembaikan jalan-jalan kampung tradisi dan kampung baru di seluruh daerah di Negeri Selangor. Perincian agihan peruntukan mengikut DUN di Negeri Selangor bagi tahun 2010 hingga 2012 bagi projek pembaikan jalan-jalan kampung tradisi adalah seperti di LAMPIRAN A dan bagi projek pembaikan jalan-jalan kampung baru/bagan/tersusun seperti di LAMPIRAN B.

    [1] Jumlah projek yang dilaksanakan di Kampung Tradisi dan Kampung Baru/Bagan mengikut tahun semasa.

  2. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menaiktaraf kemudahan jalan Kampung di setiap Dun sejak 2 tahun yang lalu ?

    Pada ketika ini, penyaluran peruntukan pembangunan infrastruktur daripada Kerajaan Persekutuan dibuat melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor (PPN Selangor) dan tidak melalui Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri tidak dapat mengemukakan maklumat berhubung status pelaksanaan sesuatu projek pembangunan infrastruktur di Negeri Selangor yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat.

    Selain melalui PPN Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan peruntukan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk melaksanakan projek pembangunan infrastruktur termasuk kerja pembaikan jalan kampung di Negeri Selangor. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada KKLW, kerja-kerja membaiki/menaiktaraf jalan kampung yang dilaksanakan di Negeri Selangor bagi tahun 2010 dan 2011 adalah seperti di jadual berikut:

    Kerja-kerja Membaiki/menaiktaraf Jalan Kampung Yang Dilaksanakan di Negeri Selangor

    TAHUN   BIL. PROJEK   KOS (RM)
    2010 21 1,886,623.02
    2011 44 2,640,000.000
         
    JUMLAH   65   RM4,526,623.02
         

    Agihan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui KKLW bagi kerja membaiki/menaiktaraf jalan-jalan kampung mengikut daerah adalah seperti di LAMPIRAN C.

  3. Sila nyatakan bilakah jalan-jalan kampung di seluruh Dun Sekinchan yang sudah lama berlekuk-lekak dan rosak akan dinaiktaraf dan diperbaiki mengikut keperluan semasa ?

    Pelaksanaan projek-projek membina baru/membaikpulih/menaiktaraf/ jalan kampung adalah berdasarkan permohonan yang telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sama ada daripada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), aduan penduduk serta pemantauan yang dibuat sendiri oleh Pejabat Daerah/Tanah dan permohonan tersebut dirujuk kepada Ahli Dewan Negeri di kawasan berkaitan. Pemilihan projek-projek tersebut adalah berdasarkan keperluan dan tahap kritikal sesuatu permohonan projek.

    Untuk makluman, pada tahun 2010 hingga 2012, Kerajaan Negeri telah telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 1,143,940 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Satu Ratus Empat Puluh Tiga Ribu Sembilan Ratus Empat Puluh Sahaja) bagi tujuan melaksanakan 32 projek membaikpulih/membina baru/menaiktaraf kemudahan infra di DUN Sekinchan seperti jadual berikut:

      PERUNTUKAN   KOS PROJEK
    BIL. BIL. PROJEK
    (RM)
       
    1 2010 KG BARU 2 39,610.00
    KG TRADISI 5 97,780.00
    2 2011 KG BARU 7 497,840.00
    KG TRADISI 6 113,250.00
    3 2012 KG BARU 5 325,460.00
    KG TRADISI 7 70,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 32 1,143,940.00

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM454,030.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ratus Lima Puluh Empat Ribu Tiga Puluh Sahaja) telah dibelanjakan bagi pelaksanaan 21 projek membina baru/membaikpulih/menaiktaraf jalan kampung tradisi dan kampung baru seperti jadual di bawah.

     

          PROJEK   KOS PROJEK JALAN
    BIL.   PERUNTUKAN
    JALAN (RM)
       
    1 2010 KG BARU
    KG TRADISI 5 97,780.00
    2 2011 KG BARU 1 161,000.00
    KG TRADISI 6 113,250.00
    3 2012 KG BARU 2 12,000.00
    KG TRADISI 7 70,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 21 454,030.00

Lampiran

Tiada Lampiran.