Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
276) KEMUDAHAN INTERNET BERKELAJUAN TINGGI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan bercadang untuk menyediakan kemudahan internet berkelajuan tinggi di sekolah-sekolah kawasan luar bandar bagi menyokong pembelajaran digital? Perincikan usaha-usaha Kerajaan Negeri tersebut.
Kerajaan Negeri Selangor komited dalam usaha meningkatkan akses internet berkelajuan tinggi di sekolah-sekolah, termasuk di kawasan luar bandar, bagi menyokong ekosistem pembelajaran digital yang lebih efisien dan inklusif.
Berdasarkan statistik, di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor), terdapat 945 buah sekolah di Selangor dengan pecahan 90.79% bersamaan 858 buah sekolah dikategorikan sebagai bandar, manakala 9.21% bersamaan 87 sekolah dikategorikan sebagai luar bandar. Daripada 87 sekolah luar bandar di Selangor:
- 51% (77 sekolah) telah menggunakan internet berkelajuan tinggi. Setiap sekolah menerima 3 talian x 500Mbps ATAU 800Mbps kecuali bagi Sekolah Kurang Murid (Bilangan murid bawah 150 orang) dibekalkan dengan 1 atau 2 talian x 500Mbps ATAU 800Mbps.
- 49% (10 sekolah) masih bergantung kepada teknologi Broadband dengan kelajuan 150Mbps Best Effort dan Satelit dengan kelajuan 100Mbps Unlimited kerana ketiadaan infrastruktur fiber.
Kemudahan internet yang telah disediakan di sekolah-sekolah tersebut termasuk pembekalan talian internet di bawah projek Perkhidmatan Internet bagi agensi institusi pendidikan dan sekolah Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM) oleh Bahagian Pengurusan Maklumat KPM di tiga (3) lokasi utama iaitu pejabat, bilik guru & makmal komputer dan satu (1) talian di pejabat bagi kategori Sekolah Kurang Murid.
-
Sejauh manakah kawasan yang telah mendapat liputan WIFI Smart Selangor di DUN Sungai Kandis? Senaraikan.
Jumlah access point (AP) yang telah dipasang sehingga bulan Mei 2024 di DUN Sungai Kandis adalah sebanyak 27. Pecahan AP mengikut lokasi adalah seperti berikut:
Kerajaan Negeri telah meluluskan pelan penyahaktifan 1,470 AP WiFi Smart Selangor bermula 1 Jun 2024 dan telah ditamatkan sepenuhnya pada 1 Februari 2025 di semua lokasi di seluruh Selangor. Langkah ini adalah untuk memberi ruang kepada Smartsel Sdn. Bhd. (SMARTSEL), syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, menilai semula pelaksanaan WiFi Smart Selangor. Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira faktor seperti kos penyelenggaraan yang tinggi, tahap penggunaan yang rendah di beberapa lokasi, serta peralihan kepada infrastruktur digital yang lebih mampan dan berskala luas.
Walau bagaimanapun, pihak SMARTSEL komited dalam usaha menilai semula solusi kesalinghubungan internet bagi keperluan di seluruh Selangor termasuk DUN Sungai Kandis.