Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

23) KEMUDAHAN INSTITUSI KEBAJIKAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kemudahan institusi kebajikan untuk kelainan upaya, warga tua dan kanak-kanak di Selangor mengikut daerah?

    1. Berdasarkan kepada rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, kemudahan institusi kebajikan untuk orang kurang upaya (OKU), warga tua dan kanak-kanak di Selangor sehingga Jun 2016 adalah seperti berikut:

     

    BIL DAERAH INSTITUSI OKU INSTITUSI WARGA EMAS INSTITUSI KANAK-KANAK JUMLAH
    1. Petaling 20 34 142 196
    2. Sepang 0 2 14 16
    3. Klang 5 6 44 55
    4. Hulu Langat 6 26 59 91
    5. Gombak 2 4 38 44
    6. Sabak Bernam 0 0 3 3
    7. Kuala Selangor 0 1 7 8
    8. Kuala Langat 1 0 4 5
    9. Hulu Selangor 1 2 12 15
    JUMLAH 35 75             323            433
  2. Berapakah di antara di operasi awam, swasta ataupun badan bukan kerajaan?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kemudahan institusi kebajikan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), warga tua dan kanak-kanak yang diuruskan oleh awam, swasta ataupun badan bukan kerajaan sehingga Jun 2016 adalah seperti berikut:

    BIL INSTITUSI AWAM NGO SWASTA JUMLAH
    1. OKU 3 12 20 35
    2. WARGA EMAS 2 24 49 75
    3. KANAK-KANAK 6 255 62 320
    JUMLAH 11 291 131 433
  3. Berapakah jumlah peruntukan yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri kepada badan-badan bukan kerajaan untuk tujuan kebajikan sejak 2008 sehingga kini?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan sentiasa membantu mereka dalam melaksanakan program-program kebajikan di Negeri Selangor. Melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai program secara kerjasama dengan NGO-NGO kebajikan. Selaras dengan visi Kerajaan Negeri yang mementingkan kebajikan rakyatnya, bantuan ini dapat disalurkan secara minimum bagi memastikan NGO di Selangor yang membuat permohonan mendapat manfaat secara sama rata oleh Kerajaan Negeri.

    Secara keseluruhan sejumlah RM329,102.00 telah disalurkan kepada pelbagai NGO kebajikan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM141,102.00 telah disalurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan manakala selebihnya sebanyak RM188,000.00 telah disalurkan oleh Jawatankuasa Tetap Badan Bukan Kerajaan (NGO) sejak tahun 2008 sehingga Julai 2016 sama ada melalui pelaksanaan program usaha sama atau pemberian sumbangan kebajikan. Secara tidak langsung pemberian ini dapat dimanfaatkan dan memberi peluang kepada NGO untuk terlibat sama dengan program pembangunan bersama Kerajaan Negeri.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.