Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
178) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejak tahun 2008 , Kerajaan Negeri Selangor telah mengusahakan beberapa inisiatif baru untuk memastikan semua pembangunan baru dan infra yang sedia ada di Selangor dapat digunakan oleh golongan OKU. Tetapi dari segi pengimplementasikannya, masih tidak dapat dilihat perubahan yang signifikan di sekitar bandar raya utama. Senaraikan projek -projek khas kemudahan OKU yang telah berjaya dilaksanakan di sekitar Selangor .
Pada ketika ini Kerajaan Negeri bersama–sama Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan asas-asas kemudahan bagi golongan OKU di setiap bangunan PBT seperti kemudahan meletak kenderaan, papan tanda, laluan ke dalam dan keluar bangunan, laluan utama bangunan, laluan lif, bilik air, kemudahan lif untuk OKU, kemudahan telefon dan juga kemudahan ATM
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan diberikan suatu tempoh tertentu untuk membaik pulih dan menaiktaraf segala kemudahan OKU di sekitar bandar terutamanya Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam ?
Pihak Kerajaan Negeri telah dan sedang bekerjasama dengan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Selangor(MAKPEMS) untuk merancang dan melaksanakan projek-projek khas kemudahan OKU antaranya ialah dengan mengadakan latihan kepada semua kakitangan PBT di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Kejuruteraan supaya kemudahan OKU menjadi salah satu perkara yang mesti dipantau di dalam perancangan dan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh pihak PBT.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menggiatkan usaha ini ?
Kerajaan Negeri juga dengan kerjasama Majlis Kebajikan Pembangunan Masyarakat untuk menjalankan satu proses audit bangunan-bangunan kerajaan yang di sebut sebagai OKU Accessibility. Ini bertujuan bagi memastikan bangunan-bangunan kerajaan yang dimulakan dengan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) khususnya mematuhi piawai bagi menyediakan kemudahan akses kepada OKU.
Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan untuk memperluaskan konsep OKU Accessibility di sekitar radius 5 kilometer dari pada Ibu Pejabat PBT masingmasing. Pihak PBT juga sedang melaksanakan supaya jawatan khas kaunselor OKU diwujudkan di setiap PBT bagi tujuan membantu PBT melaksanakan projek-projek OKU Accessibility.
Sehingga kini pihak PBT yang telah mewujudkan jawatan khas kaunselor OKU adalah di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam manakala pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya sedang di dalam proses mewujudkan jawatan khas tersebut