Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
65) KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR KILANG DI KAWASAN KAMPUNG / LUAR BANDAR
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat pembinaan kilang-kilang di dalam kawasan kampung / luar bandar yang mana kemudahan jalan raya digunakan bersama oleh kedua-dua belah pihak. Sedia maklum bahawa jalan-jalan yang sedia ada di kawasan perkampungan tidak dapat menampung beban berat kenderaan yang mencecah 40m/tons dan ini menyebabkan jalan tersebut rosak. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan perkara tersebut?
SU
Jalan-jalan di kawasan perkampungan tidak dapat menampung beban berat kenderaan.
TINDAKAN
Memastikan jalan-jalan tersebut diwartakan sebagai jalan terhad, dimana kenderaan
berat melebihi 12 tan atau 15 tan tidak dibenarkan menggunakan jalan tersebut. Kuasa
mewartakan jalan-jalan tersebut terletak pada JKR/Majlis Perbandaran/Pihak Berkuasa
Tempatan mengikut kategori jalan. (Seksyen 77 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987).
PERANAN JPJ
1. Menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan jalan tersebut dipatuhi oleh
kenderaan berat.
2. Seksyen 79 APJ 1987 memberi kuasa kepada pegawai JPJ mengambil tindakan
bagi kenderaan yang tidak mematuhi larangan jalan terhad.
CATATAN
Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Selangor sentiasa dari masa ke semasa
menjalankan penguatkuasaan terhadap jalan-jalan yang telah diwartakan sebagai jalan
terhad di kawasan-kawasan luar bandar/perkampungan. -
Apakah ukuran paip air yang disalurkan kepada kilang-kilang di kawasan perkampungan mengikut spesifikasi industri sedangkan kilang-kilang tersebut di dalam kawasan kampung?
Semua paip air yang dipasang adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan berdasarkan
kepada bentuk geografi kawasan dan juga kegunaan. Sehubungan dengan itu, paip
bekalan air untuk kawasan industri adalah menepati spesifikasi kawasan industri tanpa
mengambil kira sama ada kawasan itu berada di bandar atau di luar bandar.