Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

186) KEMUDAHAN DAN BANTUAN DAYCARE UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN WANITA DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua kemudahan daycare (taska dan tadika) dan jenis bantuan seperti bantuan kewangan untuk membantu kakitangan wanita Kerajaan Selangor dan PBT-PBT di bawahnya.

    JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

    1. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan beberapa kemudahan dan bantuan berkaitan dengan daycare (taska) bagi membantu wanita di Negeri Selangor. Antara kemudahan dan bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:

     

    i)                                            Subsidi Yuran Taska

    Ibu bapa yang mempunyai pendapatan perkapita tidak melebihi RM900.00 sebulan, mereka layak untuk mendapat subsidi sebanyak RM250.00 sebulan bagi yang menghantar anak ke TASKA berdaftar dengan JKM.

     

    ii)                                          Geran Penubuhan Taska Institusi Dan Taska Di Rumah

    Bagi wanita yang ingin membuka Taska Institusi dan Taska Di Rumah, JKM pernah memperuntukkan Geran Penubuhan TASKA mengikut syarat yang telah ditetapkan. Bagi Taska Institusi, jumlah geran adalah antara RM10,000 hingga RM20,000. Manakala TASKA di rumah adalah sebanyak RM3,000.00.

     

    iii)                                        Geran Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak PERMATA

    Bagi wanita yang terlibat sebagai pengusaha dan pengasuh TASKA, mereka turut mendapat subsidi sebanyak RM500.00 sekaligus bagi mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak PERMATA (KAP) anjuran agensi yang diiktiraf oleh JKM. Kursus ini adalah salah satu syarat wajib bagi penubuhan sesebuah TASKA.

     

    iv)                                        Subsidi Yuran Taska Komuniti

    Taska Komuniti adalah salah sebuah Taska yang diwujudkan di bawah peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984. Setakat ini, terdapat sebanyak tujuh (7) buah TASKA komuniti di Selangor. Ibu bapa yang pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 di bandar dan RM1,000 di luar bandar layak menerima bantuan subsidi geran TASKA komuniti sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Senarai Taska Komuniti di Negeri Selangor adalah seperti Jadual 1.

     

    Jadual 1 : Senarai Taska Komuniti di Negeri Selangor

     

     

    BIL NAMA / ALAMAT TASKA
     

    1.

     

    TASKA Penyayang BAKTI Sg. Buloh

    No. 1, Jalan SD 13/4A, Off Persiaran Meranti PJU 9, Bandar Sri Damansara,52200 Kuala Lumpur

     

    2.

     

    TASKA Penyayang KEKWA Kelana Jaya

    Tingkat Bawah, Blok 4, Rumah Pangsa Desa Mentari, Jalan Kelang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor

     

    3.

     

    TASKA Penyayang Klang

    No. 2, Jalan Tengku Kelana 2, 41000 Klang, Selangor

     

    4.

     

    TASKA Penyayang Sri Mawar, Sabak Bernam

    No.2, Jalan TP 9, Taman Perdana, 45300 Sungai Besar, Selangor

     

    5.

     

    TASKA Penyayang Insan

    No. 16, Jalan Melati, Kg. Sg.Tua Baharu 68100 Batu Caves, Selangor

     

    6.

     

    TASKA Penyayang Sepang

    No.17, Jalan ST 1C/1, Taman Selasih, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

     

     

    7.

     

    TASKA Wawasan Genius

    No. 22, Jalan Utama 4, 42400 Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor

  2. Adakah Kerajaan Selangor mempunyai ruang untuk memberi bantuan lebih daripada apa yang diperuntukkan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 38/2013?

    1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38 Tahun 2013 bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk meminda kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi tujuan menambah baik pemberian subsidi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di tempat kerja sektor

     

    Kerajaan telah bersetuju menaikkan kelayakan pendapatan bulanan isi rumah penjawat awam daripada RM3,000.00 kepada RM5,000.00 bagi tujuan pemberian subsidi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di tempat kerja sektor awam. Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini telah sedia dinikmati oleh penjawat awam yang diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2008.

     

    Kerajaan Selangor telah mengambil beberapa inisatif bagi meringankan bebanan kakitangan kerajaan dengan melaksanakan program seperti Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR), Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk memberikan bantuan lebih daripada apa yang diperuntukkan sekiranya tiada kekangan yang dihadapi.

Lampiran

Tiada Lampiran.