Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

146) KEMUDAHAN BAS SEKOLAH PERCUMA DI SETIAP DUN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan bas sekolah secara percuma?

    Penyediaan perkhidmatan bas sekolah percuma di seluruh Negeri Selangor memerlukan kajian yang teliti kerana melibatkan peruntukan kewangan berterusan dan ianya akan memberi implikasi kewangan yang besar, manakala peruntukan Kerajaan Negeri adalah terhad bagi keperluan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang lebih penting dan perlu diutamakan. Namun demikian Kerajaan Negeri turut menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang boleh digunakan oleh pelajar ke sekolah dimana bas tersebut turut melalui kawasan- kawasan persekolahan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Perkhidmatan Bas Smart Selangor boleh dinikmati pada ketika ini untuk semua golongan, tidak tertakluk kepada penerima IPR sahaja.

    Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga melaksanakan Program Bantuan Sumbangan Subsidi Tambang Sekolah yang merupakan satu bentuk program bantuan kerajaan bernilai RM300 yang diberikan kepada setiap anak pekerja ladang. Program ini dikekalkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang dan terbuka kepada anak-anak pekerja ladang ataupun bekas pekerja ladang yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Negeri Selangor bagi meringankan beban kos tambang bas sekolah di kalangan pekerja ladang.

  2. Adakah penerima IPR berpeluang untuk mendapatkan bas percuma untuk anak mereka ke sekolah?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.