Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

228) KEMUDAHAN BALAI POLIS

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap kawasan penempatan terancang mempunyai balai polis?

    Setiap pemajuan yang dijalankan di Negeri Selangor perlu mematuhi keperluan Manual Garis Panduan Perancangan Negeri Selangor (Edisi 3) dan syarat – syarat penyediaan kemudahan awam termasuk Balai Polis merupakan keperluan di dalam Manual berkenaan. Kerajaan Negeri melalui PBT akan memastikan keperluan ini dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pemaju.

  2. Apakah kriteria yang diperlukan untuk pembinaan balai polis?

    Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga merujuk dan menggunapakai Garis Panduan dan Peraturan Bagi Perancangan Bangunan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Standard dan Kos Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri yang merangkumi perkara berikut :

    • Norma kepadatan penduduk;
    • Jumlah perjawatan;
    • Luas tapak; dan
    • Keluasan lantai maksimum.

    Kedua-dua garis panduan tersebut menggariskan keperluan penyediaan Balai Polis seperti berikut:-

    Hierarki Balai Polis Bandar Balai Polis Komuniti /

    Pondok Polis

    Tadahan 10,000 – 15,000 5,000 – 10,000
    Keluasan 5 – 10 Ekar 2.5 Ekar

     

  3. Kenapa di Bandar Puncak Alam yang penduduknya melebihi 90,000 orang masih tidak mempunyai kemudahan balai polis?

    Bagi Bandar Puncak Alam, pihak pemaju telah menyediakan tapak bagi tujuan pembinaan balai polis di kawasan pembangunan Eco Grandeur dan Hill Park tetapi pembinaan bangunan tersebut adalah tertakluk kepada agensi yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.