Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
98) KEMUDAHAN BALAI JKKK MERBAU SEMPAK YANG ROSAK, UZUR DAN USANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan boleh membekalkan kemudahan asas balai raya JKKK yang telah rosak, uzur dan usang?
Pejabat Daerah Tanah Petaling sentiasa mengambil perhatian dan melaksanakan projek-projek membaikpulih dan menaiktaraf infrastruktur Balai Raya JKKK mengikut keutamaan. Kerja-kerja membaikpulih kerosakan Balai JKKK Merbau Sempak telah dilaksanakan pada tahun 2016 manakala bagi keperluan perabot asas, Pejabat Daerah Tanah Petaling telah mengemukakan senarai keperluan perabot asas kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor pada 2 Februari 2017 untuk pertimbangan lanjut.
-
Bolehkah Kerajaan mempertimbangkan sebuah komputer baru bagi kemudahan JKKK?
Pejabat Daerah Tanah Petaling dimaklumkan bahawa proses perolehan bagi komputer dan peralatan ICT sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.