Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

223) KEMUDAHAN AWAM ROSAK DAN TINDAKAN KEPADA ADUAN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu Pemantauan infra/ kemudahan awam yang rosak dan tindakan susulan. ÐJKR/JPS. Terdapat banyak aduan terutama kemudahan awam seperti jalan-jalan rosak, lampu isyarat rosak, rumput panjang, parit tersumbat, sampah tidak dikutip belum dapat ditangani dengan baik oleh PBT dan agensi kerajaan yang lain. Apakah kriteria utama yang diambil untuk tindakan yang lebih pantas bagi mengatasi aduan seperti ini?

    Kriteria utama yang diambil untuk tindakan yang lebih pantas bagi mengatasi aduanseperti ini adalah :-

    1. Menubuhkan unit tindakan aduan dibawah kumpulan litter picking yang menggunakan kenderaan dan pekerja Majlis sendiri.
    2. Mengambil tindakan ke atas aduan dalam tempoh 6 jam waktu bekerja.
    3. Mengadakan mesyuarat bersama Ahli Majlis, Pemimpin Masyarakat dan Pegawai Pemantau setiap minggu untuk mesyuarat seperti masalah di kawasan masing-masing dan tindakan segera.
  2. Apakah peranan Jabatan yang berkenaan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat?

    Peranan Jabatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat adalah:-

    1. Memastikan semua perkhidmatan diberikan kepada semua pembayar cukai.
    2. Mengambil tindakan segera (dalam tempoh 6 jam waktu bekerja) untuk memastikan aduan dapat diselesaikan dan perkhidmatan menjadi berkesan.
    3. Mendapatkan maklumbalas daripada Pemimpin Masyarakat atau Pegawai Pemantau tentang mutu perkhidmatan Majlis.
    4. Mengadakan lawatan bersama penduduk untuk memastikan tahap perkhidmatan yang berkesan diberikan kepada masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.