Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
155) KEMUDAHAN AWAM DI KOMPLEKS MEMBELI BELAH
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah implementasi dasar kemudahan awam di komplek membeli belah setakat ini, sila perincikan kemudahan awam yang ditetapkan?
Implementasi Dasar Kemudahan Awam di kompleks membeli belah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan melalui proses kebenaran merancang dengan memastikan penyediaan kemudahan awam disediakan dengan mencukupi dan disyaratkan selaras dengan dasar-dasar dan garis panduan yang telah dikuatkuasakan. Komponen-komponen kemudahan awam yang perlu disediakan adalah pematuhan menurut Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ketiga) yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil. 35/2016 bertarikh 19 Oktober, 2016 dan disahkan di dalam MMKN ke 36/2016 pada 26 Oktober 2016 dan Garis Panduan Penubuhan Tadika Dan Taska Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia KPKT 2012 yang diluluskan di Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil.5/2012 dan tarikh pemakaiannya pada 5 November
Komponen-Komponen kemudahan awam yang disyaratkan di dalam kompleks membeli belah adalah seperti berikut:
- Menyediakan kawasan landskap 5% daripada keluasan tapak termasuk
perimeter planting
- Tempat Letak Kenderaan
- Ruang Solat
- Medan Selera
- Laluan Pejalan Kaki
- Kemudahan OKU
- Tandas awam
- Tempat hentian bas/teksi
- Pili Bomba dan Alat Pemadam Kebakaran
- Ruang memunggah loading/unloading
- Tempat Menyimpan Troli
- Tempat Pembuangan Sampah Sementara
-
Dari jumlah keseluruhan kompleks membeli belah di Selangor, berapa peratuskah kompleks membeli yang telah melaksanakan dasar ini, termasuk pusat jagaan kanak-kanak?
Pembangunan kompleks membeli belah di Negeri Selangor telah melaksanakan dasar ini kerana ianya melibatkan proses Kebenaran Merancang dan secara tidak langsung komponen-komponen kemudahan ini telah dapat disediakan dengan baik. Sehingga kini tiada inventori bagi peratusan kompleks membeli belah di Selangor yang telah melaksanakan dasar ini. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan memastikan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan maklumat tersebut di masa akan
Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, bagi penyediaan pusat jagaan kanak-kanak kebanyakkannya adalah disediakan di dalam pembangunan berkonsepkan pangsapuri perkhidmatan di mana terdapat integrasi kemudahan yang di sediakan di dalam pembangunannya. Antara komponen utama yang perlu disediakan adalah pusat membeli belah, restoran, perniagaan retail, mini perpustakaan, tadika atau pusat jagaan kanak-kanak (bergantung kepada nisbah unit pangsapuri perkhidmatan dan keperluan) dan kemudahan-kemudahan awam yang telah dinyatakan bagi soalan sebelum ini. Antara contoh pembangunan pangsapuri yang telah melaksanakan dasar kemudahan awam dan pusat jagaan kanak-kanak adalah seperti di Springville di Ukay Perdana Ampang, Best Boulevard di Pandan Perdana.