Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

250) KEMUDAHAN AWAM DAN INFRASTUKTUR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam pelan perancangan dari segi infrastuktur dan juga kemudahan awam di Kuala Langat khususnya di DUN Morib?

    Pelan perancangan dari segi infrastruktur utama di DUN Morib dan Kuala Langat adalah dibawah perancangan dan pelaksanaan pihak JKR dan JPS.

    Dari segi kemudahan awam di Kuala Langat khususnya di DUN Morib pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat dalam perancangan untuk membina sebuah dataran dan tapak tempat letak kereta di Pantai Morib sebagai tambahan kemudahan awam. Projek dijangka dapat dimulakan selepas projek menaiktaraf Pantai Morib oleh pihak JPS siap dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.