Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
155) KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan Selangor terhadap balairaya-balairaya yang tidak digunakan bagi manfaat penduduk setempat yang mana sekarang ini terbiar dan ada yang telah dirosakkan juga dicuri oleh penagih dadah.
Untuk makluman semua, balairaya-balairaya di negeri Selangor telah diselenggara di bawah PBT. Bagi balairaya-balairaya yang terbiar, ianya akan dibaik pulih oleh PBT dan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Penduduk (JKP) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) untuk dijaga dan diselenggara. Melalui JKP, balairaya-balairaya ini akan digunakan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti penduduk. Selain itu terdapat juga balairaya yang terbiar dijadikan sebagai pusat khidmat ahli Majlis. Penggunaan seumpama ini dapat mengelakkan balairaya tersebut terbiar dan dapat dipelihara dengan baik.