Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

261) KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak jeti-jeti yang terdapat di perairan Selangor?

    LUAS telah mengambil inisiatif untuk menjalankan inventori jeti di Negeri Selangor bagi memudahkan perancangan aktiviti jeti pada masa hadapan dan menyelaras data lokasi jeti sedia ada.

    Inventori jeti ini dijalankan di seluruh Negeri Selangor dengan kerjasama daripada Pejabat Tanah dan Daerah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor dan Jabatan Perikanan Negeri Selangor.

    Pengumpulan data inventori yang dijalankan oleh LUAS mendapati sebanyak 1350 buah jeti yang telah dibina di dalam Negeri Selangor yang merangkumi jeti pendaratan ikan dan jeti komersial seperti pecahan yang berikut :

    • Jeti pendaratan ikan : 1304 buah
      ii.Jeti komersial       : 46 buah
  2. Bagaimanakah kerajaan memastikan syarikat-syarikat utiliti seperti Syabas, Telekom, TNB atau Gas yang melakukan kerja-kerja pengorekan jalan-jalan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan?

    Bagi memastikan syarikat-syarikat utiliti mematuhi syarat pengorekan jalan, pihak utiliti perlu memohon permit kepada pihak PBT sebelum kerja-kerja pengorekan jalan dibenarkan. Pihak utiliti akan diberikan syarat-syarat di dalam permit korekan jalan yang dikeluarkan mengikut kaedah-kaedah kerja di tapak sama ada korekan terbuka atau hdd/pipe jackin. Selain itu, syarat utama dari aspek teknikal yang diberi perhatian adalah kaedah pembaikan akhir jalan yang diperoleh sama ada dengan kaedah penurapan keseluruhan jalan atau kaedah kisar dan turap ‘mill & pave’ semula jalan.

    Pada masa sama, setiap permohonan akan disyaratkan untuk menyediakan wang cagaran bagi kerja-kerja pengorekan, sekiranya pihak utiliti gagal melaksanakan kerja pembaikan akhir jalan, PBT akan melaksanakan kerja tersebut dan akan menuntut kos pembaikan melalui wang cagaran berkenaan.

    Selain itu, PBT akan menjalankan pemantauan di atap sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh masa kerja-kerja dijalankan. Selepas siap kerja pihak kontraktor dikehendaki mengemukakan laporan siap kerja untuk semakan PBT sebelum pelepasan tuntutan wang cagaran diperakukan.

  3. Berapa banyak kolam tadahan banjir yang di selenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan Pihak Berkuasa Tempatan mengikut daerah?

    Terdapat sebanyak sebelas (11) kolam tadahan banjir yang diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor. Berikut di bawah adalah senarai kolam takungan yang dibangunkan oleh JPS Selangor dengan mengikut daerah :

    Bil Daerah Lokasi Kolam Takungan
    1. Hulu Langat Cheras Jaya
    2. Sepang •              Lot 336

    •              Kampung Sungai Merab

    •              Kampung Sungai Merab Tengah

    •              Lebuhraya PLUS 1 Kampung Dato Abu Bakar Baginda  Lebuhraya PLUS 2 Kampung Dato Abu Bakar Baginda

    3. Klang •     Kg. Budiman

    •     Bukit Raja

    4. Petaling •     Subang

    •     Ara Damansara

    •     Kota Damansara

Lampiran

Tiada Lampiran.