Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

229) KEMUDAHAN ASAS KAFA INTEGRASI

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan peruntukan yang diperlukan bagi memenuhi standard Audit dalam menyediakan kemudahan asas KAFA Integrasi seluruh Selangor?

    KAFA Integrasi ( KAFAI) adalah dikelolakan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh ibubapa pelajar sekolah berkenaan. JAIS hanya menyediakan tenaga pengajar dimana sebahagian elaun dibayar oleh JAKIM dan sebahagian lagi oleh Kerajaan negeri. Peruntukan pembinaan sekolah diperolehi dari bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran secara ’ graut’ dan sebahagiannya diperolehi dari LZS. Sebahagian bangunan sekolah KAFAI yang telah dibina tidak mengikut standard yang ditetapkan JKR dan kos untuk menaik taraf KAFA yang ada di Selangor dianggarkan berjumlah RM 37 juta.

  2. Berapakah jumlah bantuan yang telah diberikan oleh masing-masing Kerajaan Negeri, BPI, JPN Selangor dan LZS untuk kemudahan asas sepanjang tahun 2009?

    Untuk tujuan memenuhi keperluan asas, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 4,000,000.00 (2009) dan 6,000,000.00 (2010) melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan. JPN Selangor (KPM) telah memperuntukkan 5,200,000.00 (2010). LZS telah memperuntukkan 1,750,000.00 untuk bantuan perabot dan 1,654.000.00 untuk bantuan baikpulih ( 2010 ).

  3. Berapakah jumlah yang telah diperuntukkan untuk tahun 2009 dan 2010 bagi meningkatkan kemudahan asas seperti dalam piawaian Audit?

    Jumlah yang telah digunakan untuk 2009 dan 2010 adalah RM 18,604,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.