Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

146) KEMPEN TIDAK MENGGUNAKAN PLASTIK BEG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kempen tidak menggunakan plastik beg di setiap pasaraya yang dijalankan oleh kerajaan berjaya, sedangkan ada pasaraya mengaut keuntungan dari menjual beg plastik kepada pelanggan?

    Objektif utama Kempen Bebas Plastik dan Polistirena ini adalah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik seterusnya bagi menjaga alam sekitar berdasarkan keadaan semula jadi beg plastik yang mengambil masa begitu lama untuk relai. Untuk menjayakan kempen ini, pengguna disarankan untuk membawa beg sendiri semasa membeli belah. Walau bagaimanapun pihak pasaraya boleh membekalkan beg plastik kepada pelanggan yang memerlukan dengan syarat mengenakan bayaran sekurang-kurangnya RM0.20 sepertimana penjualan barangan yang lain. Caj yang dikenakan ini dipercayai boleh membantu keberkesanan kempen melalui penggunaan beg sendiri apabila berbelanja. Mengenai hasil kutipan oleh peniaga tersebut, Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada pihak peniaga untuk meggunakan kutipan caj tersebut untuk melaksanakan program-program alam sekitar atau pembersihan sungai yang ditentukan oleh peniaga

  2. Mengapakah kerajaan tidak menyarankan kepada peniaga supaya menggunakan beg kertas seperti di luar negara?

    Kerajaan Negeri melaksanakan kempen tidak menggunakan beg plastik untuk objektif sebagaimana yang dijelaskan tadi dan tidak pernah sesekali melarang sekiranya peniaga membekalkan beg kertas sebagai alternatif kepada penggunaan beg

Lampiran

Tiada Lampiran.