Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
175) KEMPEN TANPA PLASTIK
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri selain mengenakan caj kepada pembeli yang mahukan plastik?
Kerajaan Negeri telah mengadakan mesyuarat dan perjumpaan bersama pihak peniaga bagi membincangkan pelaksanaan Kempen Bebas Plastik dan Polistirena sebelum kempen dilaksanakan dan di antara aspek perbincangan tersebut adalah inisiatif-inisiatif yang boleh disediakan oleh peniaga kepada pengguna. Antara inisiatif tersebut adalah pemberian diskaun kepada pengguna yang membawa beg sendiri semasa membeli belah serta menawarkan beg kitar semua yang tahan lasak kepada pengguna dengan harga yang rendah untuk menarik minat pengguna menyertai kempen ini. Inisiatif seperti ini telah pun dilaksanakan oleh pasaraya-pasaraya besar seperti Tesco, Giant serta lain-lain pengusaha pasaraya sejak daripada pelaksanaan kempen yang terdahulu dilancarkan dan inisiatif seperti ini masih diteruskan. Bagi memastikan kempen ini dapat mencapai objektifnya, Kerajaan Negeri juga akan mengkaji cadangan-cadangan inisiatif lain yang boleh dilaksanakan melalui perjumpaan dengan peniaga serta PBT secara berkala.
-
Nyatakan kos dan keberkesanan kempen tanpa plastik tersebut.
Bagi menilai keberkesanan kempen ini, Kerajaan Negeri akan menjalankan satu kajian awam berhubung pelaksanaan kempen yang dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan bulan April 2017 untuk mendapatkan maklumbalas, cadangan penambahbaikan serta keberkesanan kempen yang telah dilaksanakan. Manakala, bagi kos pelaksanaan Kempen Bebas Plastik dan Polistirena yang telah dilancarkan pada tahun 2016 adalah sebanyak RM139,463.30.