Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
10) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Setakat mana pencapaian kerajaan dalam mempopularkan kempen tanpa beg plastik dengan hari tanpa beg plastik setiap Sabtu di Selangor?
Sejak kempen ini dikuatkuasakan pada Januari 2010, sehingga sekarang, orang ramai
mulai kelihatan membawa beg sendiri dari rumah untuk membeli belah pada hari Sabtu
bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dan juga juntuk mengelak dikenakan caj 20
sen.
Selain itu, bilangan pasar raya yang menyertai kempen tanpa beg plastik ini semakin
meningkat dari masa ke semasa. Ini menunjukkan satu pencapaian yang besar kerana
kempen ini secara beransur-ansur memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
kepentingan dan tanggungjawab mereka dalam menjaga alam sekitar. -
Siapakah pasaraya-pasaraya yang terlibat?
Setakat Mac 2010, terdapat 54 peruncit/pasar raya yang terlibat dalam kempen ini di
seluruh Negeri Selangor. Antara pasar raya besar yang menyertai kempen ini adalah
Aeon Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Phamacy, Ikea, The Store, Econsave,
Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Giant, Watsons, Sunway Pyramid, One-Utama dan
SACC. (untuk senarai penuh sila lihat lampiran). -
Apakah maklum balas kerajaan terhadap kritikan bahawa caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang diberi setiap hari Sabtu adalah terlalu mahal dan membebankan pengguna?
Tidak dapat dinafikan bahawa terdaapt beberapa aduan dan masalah daripada orang
ramai tentang ini pada mulanya diperkenalkan. Walau bagaimanapun, tujuan caj 20 sen
ini dikenakan adalah untuk memupuk budaya membawa beg sendiri dari rumah ketika
membeli belah dan mengajak masyarakat ke arah perubahan yang baik demi
kepentingan alam sekitar negeri kita sendiri.
Masalah bebanan caj 20 sen kepada pengguna hanyalah sementara jika dibandingkan
dengan masalah timbunan sampah plastik yang mengambil msa beribu tahun untuk
dihapuskan dan menelan belanja kerajaan Negeri yang amat besar. Caj beg plastik ini
telah dibuktikan keberkesanannya memerangi masalah pencemaran beg plastik di
kebanyakan negara maju sebagai contoh, Ireland mengenakan caj 33 sen bagi setiap
beg plastik telah berjaya mengurangkan 90% penggunaan beg plastik. Sekiranya
langkah ini tidak diambil, tidak ada gunanya semua pihak memperbesar-besarkan isu
alam sekitar yang semakin membimbangkan sekarang jika langkah mudah ini sudah
mendapat tentangan.
LAMPIRAN
No. Company Name
1 GCH (M) Sdn Bhd – Giant Hypermart
2 IKANO Sdn Bhd – IKEA
3 Sunway Pyramid Sdn Bhd
4 Magnificient Diagraph Sdn Bhd – Carrefour
5 99 Speedmart Sdn Bhd
6 GCH Retail (M) Sdn Bhd – Guardian Cawangan Selangor
7 Econsave Cash & Carry (PD) Sdn Bhd
8 Kumpulan Farmasi Vitacare Sdn Bhd
9 The Store Corporation Berhad
10 Parkson Corporation Sdn Bhd
11 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd
12 Aeon Co (M) Bhd
13 Classic Bonita Sdn Bhd – Elianto, Bonita, Tiamo
14 1 Utama Shopping Centre
15 Watson’s Personal Care Stores Sdn Bhd
16 Goin’ Places Sdn Bhd – Goin Places Winter Apparel
17 Hektar Premier Sdn Bhd – Subang Parade
18 Able Potential Sdn Bhd (ITMAS) – Aoneplus
19 Action IT Solution Sdm Bd (USJ 19) – Aoneplus
20 Caring Pharmacy Sdn Bhd
21 Tropicana Life Sdn Bhd
22 Tesco Stores (M) Sdn Bhd
23 Planete Enfants Sdn Bhd
24 Mydin Mohamed holdings Berhad
25 IT Hyperstore (M) Sdn Bhd – E@Curve
26 Tiens Health Development (M) Sdn Bhd
27 Golden Screen Cinema Sdn Bhd – 1U, Summit, Tropicana, IOI, Klang Shaw Centre Point
28 HSL E&E Corp (M) Sdn Bhd
29 Yves Rocher Beauty Institute (Subang Parade)
30 Magic Clothing Alterations (Subang Parade)
31 BV Eyecare (M) Sdn Bhd – BetterVision (Subang Parade)
32 Mirac Jaya Sdn Bhd (Subang Parade)
33 Johnson fitness (M) Sdn Bhd (Subang Parade)
34 D&J Collection (Subang Parade)
35 Bintang Retail Industries Sdn Bhd
36 Memory Lane (M) Sdn Bhd (Subang Parade)
37 Speedy Video Distributors Sdn Bhd (Subang Parade)
38 Kilauan Lestari Sdn Bhd (Subang Parade)
39 Memory Lane (M) Sdn Bhd (Sg Chua, Kajang)
40 Pasaraya Badurun
41 Baby Villa Sdn Bhd
42 Baby Cottage Sdn Bhd (Subang Parade)
43 Warta Superstore (Batu Caves) Sdn Bhd
44 EK HARDWARE DIY (M) SDN. BHD
45 SACC Mall
46 Rampai Niaga Sdn Bhd – The Body Shop
47 Pets More Sdn Bhd
48 Kat-Iye Boutique Sdn Bhd (Subang Parade)
49 KK Group – KK Supermart
50 HiTS Collection (SACC)
51 Nando’s (SACC)
52 Turkuaz Sdn Bhd (SACC)
53 Qamilla Collection (SACC)
54
Sunway Giza- Kota Damansara
MPH Bookstores Sdn Bhd