Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
248) KEMPEN MENINGKATKAN KESEDARAN RAKYAT EKORAN USUL MANSUHKAN ISA
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor terlebih dahulu meluluskan usul untuk menolak ISA sedangkan Kerajaan Pulau Pinang sudah pun memasang papan-papan tanda menolak ISA. Apakah Kerajaan Negeri bercadang menaikkan papan-papan tanda menolak ISA di seluruh Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri memberi sokongan dari aspek kebajikan keluarga tahanan ISA. Bagi kempen kesedaran, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Gerakan Mansuhkan ISA.
-
Adakah ada dalam rancangan Kerajaan Negeri meningkatkan kesedaran rakyat dengan menjalankan teater, Ôroad-showÕ dan penerbitan risalah dan cakera padat terhadap kezaliman ISA?
Kerajaan Negeri memberi sokongan dari aspek kebajikan keluarga tahanan ISA. Bagi kempen kesedaran, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Gerakan Mansuhkan ISA.
-
Berapakah peruntukan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi menjalankan kempen anti ISA agar peruntukan ini dilihat oleh rakyat selaras dengan usul yang telah diluluskan di Dewan Negeri Selangor?
Secara umumnya, Kerajaan Negeri tiada mempunyai peruntukkan kewangan yang khas bagi menjalankan kempen anti ISA. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah menyediakan bantuan pengangkutan kepada keluarga mangsa tahanan ISA sejak April 2009 sehingga Oktober 2009 yang lalu sebagai sokongan terhadap kempen anti ISA. Sebanyak RM4,780.00 telah digunakan menggunakan peruntukan Pejabat Menteri Besar bagi membiayai kos pengangkutan yang telah disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah di seluruh Negeri Selangor bagi membawa keluarga mangsa tahanan melawat ahli keluarga mereka di Kem Kamunting, Taiping, Perak. Walau bagaimanapun, bantuan ini telah di berhenti selepas semua mangsa tahanan dibebaskan secara berperingkat sejak Ogos 2009.