Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
99) KEMPEN JAUHI ARAK
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Menurut Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, orang Islam tidak dibenarkan untuk bekerja di premis yang menyajikan arak. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk membuat kempen jauhi arak secara besar Ð besaran?
Kempen Pencegahan Arak Peringkat Negeri Dan Pengenalan Simbol Anti Arak telah dilaksanakan pada 17 hingga 21 Oktober 2011 sebagai tanggungjawab kerajaan di atas kesalahan minum minuman yang memabukkan. Program ini telah dilaksanakan di seluruh negeri Selangor dan telah mendapat perhatian di kalangan masyarakat Islam yang meliputi peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA, IPTS, pengguna lebuh raya, institusi masjid, dan juga pengunjung pusat membeli belah. Program-program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana ianya memberi kesan positif kepada orang awam terutamanya di kalangan masyarakat Islam. Melalui kempen ini juga mereka akan sedar tentang bahayanya arak pada setiap individu bagi mereka yang beragama Islam mahupun yang sebaliknya.
-
Apakah status kedudukan kilang arak Carlsberg di Shah Alam yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat (PAS) untuk ditutup jika memenangi PRU -12?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.
-
Adakah kilang arak tersebut akan kekal berada di situ atau akan dipindahkan ke kawasan lain?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 1 Mac 2012 telah menolak soalan ini.