Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

103) KEMPEN HIJAUKAN BUMI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah tahap kesedaran kempen hari tanpa beg plastik?

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Merdeka Center telah menjalankan satu kajian berkaitan Kaji Selidik Hari Tanpa Beg Plastik di Selangor. Daripada hasil kajian tersebut, satu analisa dapat dibuat di mana tahap kesedaran mengenai kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” adalah amat tinggi iaitu 94% dan majoriti responden mendapat maklumat mengenai kempen ini di pasaraya.

    Hasil kajian juga mendapati majoriti responden berusaha melaksanakan kempen ini dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan mereka walaupun pencapaian objektif kempen dilihat agak rendah. Tahap puas hati responden adalah positif iaitu dapat mendidik masyarakat menjaga alam sekitar manakala responden yang kurang berpuas hati adalah tertumpu kepada caj 20 sen yang dikenakan.

    77% daripada responden menyokong pelaksanaan untuk menambah hari kempen namun3/4 responden tersebut merasakan penambahan hari kempen akan membebankan golongan pengguna. Rata-rata responden yang menyokong penambahan hari tanpa beg plastik berpendapat agar penambahan bilangan hari kempen ini ditambah kepada 2-3 hari.

  2. Bagaimanakah dan apakah cara mempergiatkan kempen mengurangkan penggunaan bekas polystyrene dapat dikuatkuasa setiap program kerajaan dan agensi di bawahnya?

    Program-program menggalakkan pengurangan penggunaan polisterin sentiasa dilaksanakan di peringkat semua Pihak Berkuasa Tempatan melalui Program Bazar Ramadhan dan Pasar Malam

    Merujuk kepada Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) SPBT bil 2/2011 telah mencadangkan pelaksanaan Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin secara berperingkat seperti berikut :-

     

    • Peringkat Pertama : Pengurangan penggunaan polisterin dan beg plastik pada setiap hari

     

    1. Peringkat Kedua : Pengurangan penggunaan polisterin dan beg plastik pada setiap hari Isnin dan

     

    • Penyediaan makanan dalam bentuk ‘bufet’ atau menggunakan pembungkus mesra alam atau bahan guna

     

    Salah satu PBT yang giat menjalankan Program tersebut adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di mana satu dasar larangan menggunakan styrofoam yang telah diluluskan di peringkat Majlis dan syarat larangan tersebut telah dimasukkan di dalam lesen penjaja bermula 1 Januari 2014.

     

    Manakala pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mensyaratkan tiada penggunaan polisterin di dalam kelulusan permohonan lesen dan memperbaharui lesen bagi semua jenis premis makanan pada tahun 2016.

     

    Tindakan penguatkuasaan bagi pemegang lesen/permit yang gagal mematuhi syarat-syarat tersebut boleh dikenakan tindakan pembatalan lesen/permit. Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor sentiasa bersedia dan memberi kerjasama yang sangat baik sekiranya Arahan pelaksanaan dikeluarkan oleh peringkat Negeri.

     

  3. Berapakah peratus peningkatan kempen pengumpulan minyak masak terpakai?

    Jumlah minyak masak terpakai yang telah dikitar semula menjadi biodiesel di Negeri Selangor sejak tahun 2010 – 2015 adalah seperti di bawah:

     

     

    TAHUN

     

    2010

     

    2011

     

    2012

     

    2013

     

    2014

     

    2015

    KUTIPAN MINYAK (KG)  

    5,649

     

    21,300

     

    15,700

     

    56,829.4

     

    40,065.9

     

    103,104.6

     

     

    % PENINGKATAN

     

    Tahun bermula

     

    277%

     

    -100%

     

    300%

     

    -100%

     

    200%

     

    Berdasarkan jadual tersebut menunjukkan terdapat peningkatan kesedaran bagi program kitar semula minyak masak bagi tujuan Biodiesel. Pada tahun 2015, berlaku peningkatan mendadak dan Kerajaan Negeri Selangor telah mensasarkan kutipan minyak masak terpakai untuk tujuan Biodiesel adalah sebanyak 60,000kg. Sehingga Disember 2015, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip 103,104.6kg minyak masak. Angka itu merupakan satu angka yang baik. Kerajaan Negeri akan terus komited di dalam kempen pengumpulan minyak masak terpakai bagi tujuan Biodiesel dan mensasarkan kutipan sebanyak 150,000kg bagi tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.