Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
220) KEMPEN HARI TANPA BEG PLASTIK
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah matlamat dan sasaran yang hendak dicapai dengan pelancaran kempen ini?
- Kempen Hari Tanpa Beg Plastik ini dilaksanakan khusus bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di Negeri Selangor dan juga mengubah pemikiran masyarakat tentang beg plastik bukan sumber percuma tetapi sumber asasnya adalah petroleum. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menggunakan beg plastik secara lebih efisien.
Matlamat utama kempen ini adalah untuk mengurangkan peratus penggunaan beg plastik sebanyak 20% untuk tahun 2010.
Kerajaan Negeri mensasarkan lebih ramai peruncit/pasar raya yang menyertai kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” ini dan penglibatan orang ramai bagi menjayakan kempen ini penting bagi keberkesanan pengurangan penggunaan beg plastik di Negeri Selangor dan seterusnya menjadi contoh ikutan bagi negeri-negeri lain.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan penggunaan bahanbahan plastik termasuk beg plastik di Negeri Selangor?
- promosi yang berterusan, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program- program meningkatkan kesedaran pengguna bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Sejak kempen ini diperkenalkan pada Januari 2010, penggunaan beg plastik pada hari Sabtu dikenakan caj 20 sen bagi 1 beg. Pendekatan ini adalah untuk menggalakkan para pengguna di Negeri Selangor membawa beg-beg masing-masing dari rumah semasa membeli
Sebagai alternatif penyelesaian penggunaan beg plastik, beg mesra alam dan beg guna semula boleh didapati di kebanyakan pasar raya di Negeri Selangor bagi menggantikan penggunaan beg plastik. Selain itu, pemberian kotak-kotak percuma diberikan kepada para pengguna.
Risalah-risalah mengenai kesan negatif penggunaan beg plastik diedarkan kepada orang ramai bagi memupuk budaya menghayati alam sekitar dan impak sekiranya masyarakat tidak mengambil bahagian dalam usaha ini.
Kerajaan Ngeri juga mempromosikan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” menerusi laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor sejak diperkenalkan pada Januari 2010.
-
Berapa banyakkah belanja yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menjayakan kempen ini?
- Setakat Mac 2010, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebayak lebih kurang RM 187,000.00 di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna bagi kegunaan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” untuk tujuan bahan-bahan promosi kempen dan pemberian beg guna semula