Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
151) KEMPEN BEG PLASTIK SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana kejayaan program Selangor Tanpa Beg Plastik yang dilancarkan semenjak 2012?
Program Hari Tanpa Beg Plastik yang dilaksanakan pada setiap hari Sabtu telah mula diperkenalkan pada tahun 2011 melibatkan beberapa buah pasaraya yang terpilih di Negeri Selangor. Setelah tiga tahun pelaksanaan program tersebut, Kerajaan Negeri telah mengadakan satu kajian awam terhadap penerimaan kempen tersebut pada tahun 2014 yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat perunding yang dilantik semasa itu. Antara hasil kajian yang diperolehi adalah seperti berikut:
- Tahap kesedaran pengguna terhadap pelaksanaan kempen ini adalah tinggi iaitu sebanyak 94%;
- Sebanyak 71% responden bersetuju dengan penambahan hari pelaksanaan kempen ini;
- 40% berpendapat kempen ini berjaya mencapai objektif pengurangan penggunaan beg plastik dan pemuliharaan alam sekitar;
- Seramai 48% responden berpendapat kempen ini berjaya dilaksanakan
Kesimpulannya, kempen ini dapat diterima dengan baik di kalangan pengguna berdasarkan hasil kajian yang telah dilaksanakan, namun pelaksanaannya perlu penambahbaikan yang berterusan untuk memberikan kemudahan dan manfaat yang berguna kepada masyarakat.
-
Apakah kontribusi CSR dari pihak pasar raya sepanjang Kempen ini terlaksana disebabkan penjimatan dengan tidak menyediakan beg plastik lagi? Sila nyatakan program-program yang di laksanakan?
Kempen Hari Tanpa Beg Plastik telah dilaksanakan pada setiap hari Sabtu sejak tahun 2010 di Negeri Selangor, namun bermula pada tahun 2011 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah melancarkan kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ di peringkat negara di mana kempen tersebut turut melibatkan bayaran 20 sen untuk beg plastik pada setiap hari Sabtu dan sekali gus kempen ini telah diambil alih oleh Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun, beberapa program telah dilaksanakan oleh PBT bersama beberapa pengusaha pasaraya seperti berikut:
PBT PASARAYA TERLIBAT TAHUN AKTIVITI DILAKSANAKAN JUMLAH SUMBANGAN CSR (RM)
MPAJ
TESCO AMPANG 2012 Program gotong- royong denggi di Sri Nilam 1,000.00 AEON BIG Ampang
2017 Program berbasikal Tidak dinyatakan
MPK 99
Speedmart
2016
Program Pembersihan Sungai Klang 500,000.00 MBSA 500,000.00 Selain itu, terdapat juga inisiatif daripada pihak pasaraya untuk melaksanakan program-program CSR sendiri hasil daripada kutipan caj RM0.20 seperti pihak Giant Hypermarket yang melaksanakan program ‘Sentuhan HIjau’ yang merupakan program-program alam sekitar yang dilaksanakan bersama pelajar- pelajar sekolah dan program kempen bebas plastik bersama pengguna di pasaraya Giant Kota Damansara.
MAKLUMAT TAMBAHAN (SOALAN A)
Pelaksanaan Kajian Awam Terhadap Penerimaan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik Tahun 2014