Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

208) KEMPEN BEBAS PLASTIK DAN POLISTIRENA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kompaun atau tindakan penguatkuasaan telah dibuat setelah kempen bebas plastik ini dilancarkan awal tahun ini?

    Mengikut perancangan baru setelah mengambil kira kerja-kerja pengorekan kolam utama oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang dijadualkan siap pada 31 Disember 2017, projek HORAS 600 ini dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember 2018.

     

  2. Apa tindakan pendidikan berterusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri sejak sidang dewan yang lepas?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena bermula 1 Januari 2017. Selaras dengan pelaksanaan Kempen ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT Negeri Selangor telah menjalankan promosi dan pendidikan berterusan kepada peniaga dan orang awam melalui beberapa kaedah seperti berikut:

    • Menyebarkan maklumat melalui media sosial facebook, Instagram serta laman sesawang bebasplastik.my;
    • Mengedarkan risalah, poster dan bunting berkaitan Kempen Bebas Plastik dan Polistirena kepada semua pemilik premis perniagaan;
    • Memberi taklimat kepada peniaga-peniaga yang beroperasi di kawasan PBT tentang kempen bebas plastik dan larangan penggunaan polistirena yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor;
    • Meletakkan syarat tiada polisterina untuk bekas makanan di dalam syarat lesen;
    • Hebahan melalui notis ke premis-premis perniagaan;
    • Taklimat kepada peniaga sewaktu Program Bazar Ramadan Mampan;
    • Mengadakan program kesedaran alam sekitar yang melibatkan sekolahsekolah yang turut memperluaskan promosi dan pendidikan Kempen Bebas Plastik; dan
    • Mengadakan FGD (focus group discussion) bersama semua PBT dan pihak-pihak berkepentingan.

Lampiran

Tiada Lampiran.