Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

13) KEMPEN BEBAS BEG PLASTIK DAN POLISTIRENA

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai statistik mengenai kutipan 20 sen beg plastik yang diperolehi oleh peniaga-peniaga? Jika ya, nyatakan butir-butirnya

    Bagi menjawab pertanyaan daru DUN Kuala Kubu Bharu berhubung statistik kutipan caj 20 sen, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna telah mengemukakan permohonan data kutipan caj RM0.20 daripada peniaga-peniaga di Negeri Selangor melalui persatuan peniaga masing-masing. Namun begitu, tidak semua pasaraya, perniagaan atau premis makanan yang telah memberi maklumat lengkap. Laporan kutipan yang diterima oleh Kerajaan Negeri setakat ini adalah sebanyak RM1,871,547.55 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Lapan Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu Lima Ratus Empat Puluh Tujuh Ringgit dan Lima Puluh Lima Sen Sahaja) sehingga bulan Mei 2017 dan butiran peratusan kutipan adalah seperti berikut:

    KATEGORI PERNIAGAAN JUMLAH KUTIPAN

    (%)

    Pasaraya 63.98
    Premis Makanan 36.02 

     

     

  2. Nyatakan kos perbelanjaan dan butirannya untuk Kempen Bebas Beg Plastik dan Polistirena sejak 1 Januari 2017.

    Kos perbelanjaan bagi pelaksanaan Kempen Bebas Plastik sehingga 30 Jun 2017, adalah berjumlah RM213,678.30 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Tiga

    Belas Ribu Enam Ratus Tujuh Puluh Lapan Ringgit dan Tiga Puluh Sen Sahaja) dan butiran perbelanjaan adalah seperti berikut:

    BIL BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH

    (RM)

    1. KEMPEN BEBAS PLASTIK

    Media social, penjenamaan,

    messenging‟, Analisa, Pemantauan

    Media, Stiker Kereta, Risalah, Isi

    Kandungan Kempen, Mascot dan bahanbahan promosi yang berkaitan kempen tersebut.

     

    139,463.30
    2. PEMBELIAN POSTER B.MELAYU,

    B.INGGERIS DAN MANDARIN UNTUK

    KEMPEN #BEBAS PLASTIK

    15,000.00
    3. PEMBELIAN BUNTING UNTUK KEMPEN #BEBAS PLASTIK 39,450.00
    4. PEMBELIAN NON WOVEN BEG KEMPEN #BEBAS PLASTIK 19,765.00
      JUMLAH KESELURUHAN 213,678.30

Lampiran

Tiada Lampiran.